Posts

Showing posts from November, 2025

Refleksi Diri – Bab Aku & Dia

Aku dah lalui fasa di mana aku terluka, keliru, dan hampir hilang semangat disebabkan sikap seseorang yang pernah aku anggap teman istimewa, kakak dan “ibu”. Aku pernah cuba faham, pernah sabar, pernah diam bukan sebab aku lemah, tapi sebab aku tak nak jadi orang yang sama. Kini, aku dah sampai satu tahap di mana aku tak rasa marah lagi. Aku tak benci, aku tak kecewa.  Aku cuma sedar, ada perkara yang lebih penting untuk aku jaga iaitu ketenangan diri sendiri. Mungkin dia tak pernah minta maaf, dan mungkin aku takkan dengar pengakuan itu sampai bila-bila. Tapi aku dah tak perlukan itu untuk rasa tenang. Aku maafkan bukan untuk dia, tapi untuk aku sendiri, supaya hati aku bebas. Aku reda dia pergi, aku reda aku tak berhubung lagi.  Sebab dalam diam, aku dah menang. Aku pilih damai daripada drama, dan aku pilih tenang daripada dendam. Dan itu sudah cukup.