sebuah perkongsian daripada Ustaz Hilal Asyraf :)
Kita ini memang lumrahnya suka memandang dengan skop yang kecil. Kerana ramai antara kita tidak dilatih untuk 'memecah'kan kerangka masa.
Dulu, kita berselisih faham dengan rakan sekolah rendah kerana kita rasa ada perbuatannya yang tidak kena di mata kita ketika itu. Namun, masa kita naik ke sekolah menengah, kita mula nampak, itu hanya benda kecil.
Masa di sekolah menengah, kita gaduh sakan dengan kawan-kawan kita. Meluat dengan perangai dia, benci dengan apa dia buat, sakit hati dengan gurauan kasar dia, dan sebagainya. Tetapi bila kita masuk universiti, kita mula nampak, itu semua bukannya apa-apa.
Masa di universiti, kita nampak salah silap kawan kita, kita benci dia, gaduh dengan dia, terasa dengan kata-kata dia, hatta status FB pun mungkin jadi punca pertelingkahan kita. Tetapi nanti bila kita dah melalui tahun demi tahun kehidupan, dah kerja, dah berumah tangga, kita akan mula nampak, bodohnya kita besar-besarkan perkara yang sebenarnya kecil.
Itu normal track manusia. Masa berlaku, sakan. Keluar segala benda. Lepas beberapa waktu berlaku perkara itu, masih lagi kaitkan segala perkara dengan perkara itu. Lama selepas itu, baru nak rasa itu sebenarnya benda kecil yang tak patut jadi isu hingga merosakkan hubungan, kala umur meningkat, bila sudah berkeluarga, bila status FB, twitter, tulisan di blog pun dah macam-macam update yang tak berkaitan dengan apa yang berlaku.
Inilah dia manusia yang terperangkap dalam kerangka masa. Dia ingat, esok lusa tulat itu tiada.
Tetapi jika kita memilih untuk 'memecah'kan kerangka masa ini, maka kita akan menjadi seorang yang sederhana. Chill. Positif. Apa pun yang berlaku, kita pandang ke hadapan. Kita calculate dengan keadaan akan datang. Bukannya terperangkap di dalam masa berlakunya kejadian.
-----------------------------
Bukan senang nak jadi macam itu,
tetapi bukan mustahil. =)
Comments
Post a Comment
Eh! ada orang bercakap-cakap..