Posts

Showing posts from December, 2014

Pesanan diri utk 2015

Bismillahirahmanirahimm .. Assalamualaikum wbt.. Selamat Datang 2015, Sayonara 2014. Terima kasih setiap kenangan tercipta dari awal hingga ia melabuhkan tirainya semalam. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan ujian yang diberiNya. Sejujurnya, bila kenang balik spjg tahun 2014 tu banyak mengalirkan air mata berbanding melemparkan senyuman. Mungkin bukan diri aku seorang shj merasainya tapi ramai lagi mungkin juga rasa begitu. Aku yakin dan seyakin yakinnya setiap dugaan yang diberiNya mampu dipikul oleh hamba-hambaNya. Walaupun adakalanya, bila kita terlalu sedih sangat hingga kita terdetik nk menyalahkan Dia seolah2 keredhaan itu lenyap terus dalam hati itu. Ahh emosi . Emosi banyak main peranan yg aku harus tempuh spjg aku hidup ini starting aku mula tahu compare yang baik dan buruk dosa dan pahala. Dan emosi jugak merupakan musuh paling bahaya bagi diri seseorang perempuan itu , sebenarnya lah. Emosi dan perempuan berpisah tiada. Oleh sebab itu, mula dari sekarang aku 

Perkongsian bersama

Image
Setiap orang, Akan ada sesuatu yang dia simpan . Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan. Siapa pun dia , Segembira mana pun dia. Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya, Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis. Pasti ada . Kerana dia juga manusia. Makanya , Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, Hanya kamu yang melalui , Dan hanya kamu yang mengerti , Kamu silap, dan kamu salah. Ada orang lain yang pernah melaluinya, Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan. Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui. Ada. Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu, Kamu yang tak pernah nampak. Jangan selalu menganggap , Bahawa kamulah yang paling susah, paling sakit diuji , Paling berat diduga . Ada