Pesanan diri utk 2015

Bismillahirahmanirahimm..

Assalamualaikum wbt..

Selamat Datang 2015, Sayonara 2014. Terima kasih setiap kenangan tercipta dari awal hingga ia melabuhkan tirainya semalam. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan ujian yang diberiNya. Sejujurnya, bila kenang balik spjg tahun 2014 tu banyak mengalirkan air mata berbanding melemparkan senyuman. Mungkin bukan diri aku seorang shj merasainya tapi ramai lagi mungkin juga rasa begitu. Aku yakin dan seyakin yakinnya setiap dugaan yang diberiNya mampu dipikul oleh hamba-hambaNya. Walaupun adakalanya, bila kita terlalu sedih sangat hingga kita terdetik nk menyalahkan Dia seolah2 keredhaan itu lenyap terus dalam hati itu. Ahh emosi. Emosi banyak main peranan yg aku harus tempuh spjg aku hidup ini starting aku mula tahu compare yang baik dan buruk dosa dan pahala. Dan emosi jugak merupakan musuh paling bahaya bagi diri seseorang perempuan itu, sebenarnya lah. Emosi dan perempuan berpisah tiada. Oleh sebab itu, mula dari sekarang aku kena belajar untuk menguruskannya. Belajar untuk bertenang dan belajar untuk menerima ujian yg bakal aku tempuh. Perkataan "redhalah" dan "sabarlah" mmg senang untuk diungkapkan tetapi untuk melakukan perlu 100000 kekuatan perlu ada. Tidak hairanlah Allah janjikan sebuah syurga untuk hambaNya yang bersabar. JanjiNya tidak ternilai. Ada sedikit hadis yang ingin aku kongsikan. Bagi aku hadis ini, ia "hadir" tepat pada waktuya. Ini semua kerana izin Allah utk cenderongkan aku terjumpa hadis 40 ini. 

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a.عنهما االله رضي beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai
anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau
meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan
dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang
memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu
dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran
telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.


pengajaran dari hadis ini :

Seorang mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah setiap masa dan
tempat, lebih-lebih lagi ketika dia dalam kesenangan. Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara Allah
sepanjang masa, terutamanya ketika ditimpa kesusahan hidup.
Segala permintaan, mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah
SWT semata-mata. Tidak ada makhluk atau Tuhan lain yang mampu menolong dan melindungi
manusia kecuali Allah SWT jua.
Segala apa yang berlaku dan menimpa manusia adalah ketetapan Allah SWT, bukannya kerana sebab
dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau memberi mudharat kepada
mana-mana hamba, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong
melakukannya.
Umat lslam mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap
keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan. 

sumber : LINK atau LINK.


#azamtahunbaruini- menjadiinsanyangdisayangidanmenyayangi. ecewah!

Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426