Musuh - Pengalaman - Anak kecil.

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Musuh. Orang yang baik pun ada musuh apatah lagi orang jahat. Tapi musuh ini banyak jenis/pesen/ species sbg contoh musuh sesama manusia, haiwan, jin and etc etc. Dan mereka berjaya memainkan peranan dorang dalam mengawal kehidupan seseorang itu. Aku pun tidak terlepas dari musuh. Musuh dengan sesama manusia aku tak berapa amik kisah sangat. Ada atau tidak aku tetap anggap ia tak wujud since aku tak biasa dan tak reti bergaduh dgn orang lama-lama. Tapi musuh yang ini aku dah lama kenal dia since in lower school lagi. Almaklumlah waktu itu akal makin kerap bersambung ikut sel-sel yang telah diatur olehNya dengan baik sekali. Musuh yang aku maksudkan adalah MASA. Sejak dari zaman sekolah lagi, cikgu aku selalu laungkan dalam kelas MASA ITU EMAS, MASA ITU PEDANG, and mcm-mcm lagi. Dia buat sedemikian itu  supaya kita ingat masa itu penting. Tapi bagi aku, MASA ITU MUSUH aku. Dia seringkali maju kehadapan tanpa berhenti sesaat pon. Orang lain selalu kata masa amat mencemburui kita. Tapi hakikat sebenar aku yang cemburukan dia. Sekuat mana pun aku kejar dia, dia tetap berlalu pergi tanpa pedulikan aku langsung. Dan aku tak tahu nak buat macam mana untuk ubahkan diri aku supaya aku mampu seiring dengan masa yang aku cemburukn itu. Bunyinya agak merepek tapi acapkali ia buat aku ligat berfikir apa patut aku buat untuk seterusnya supaya aku mampu bersaing dengan dia. Dia sebenarnya musuh yang sangat bernilai bagi aku. Jika aku mengejar dia tanpa perancangan apa2 atau kosong, maka gelak besar lah aku dapat dari dia. Aku dapat rasa seolah-olah ia memperlekehkan aku. Aku sedar adakalanya aku banyak ketinggalan dari dia sebab aku ni terlalu slow. Aku banyak kali memperlekehkan masa selama ini. Aku sengaja lengah-lengahkan dia, aku abaikan dia tapi rupa-rupanya dia yang banyak mempermainkan aku. Dan tak kurang juga, aku turut menzalimi orang sekeliling aku. Aku buangkan masa dorang tanpa aku sedar. Sejujurnya, aku mohon maaf atas kelemahan diri aku ini terhadap orang2 yg telah aku bazirkan masa dorang :'(  Kalaulah benar wujudnya mesin pengundur masa memang akan aku putarkan balik masa itu. Tapi sembang pasal "kalaulah" tak mustahil gajah boleh terbang guna telinga lebar dia. Itu semua omongan kosong semata.

Sooo apa harus aku buat? asyik bermonolog dalam gema hati pon takde functon jugak kan..dan tidak semene2 teringat bait kata seorang insan ini..dia kata "know the enemies before we can defeat 'em'" pastu dia sambung lagi ayat dia.." Nak atasi masalah yang sedang berlaku terhadap kita, kena kenal mana & apa puncanya. Bila dah tahu punca, boleh lah cari jalan untuk kurangkan atau lebih baik, buang terus punca tersebut dari hidup kita supaya kita boleh jadi orang yang lebih baik."...and yes, aku terpaksa admit punca sebenarnye adalah kelemahan diri aku ini. Aku harus kikiskan sikap buruk ini sebelum aku pergi menghadap dengan Pemilik nyawa ini. Sebelum Dia mempersoalkan masa-masa aku ini.

***
Ouh ya, teringat peristwa petang tadi. Dan boleh tahan Allah cabar kesabaran aku. Aku terpaksa amik masa rehat aku 2 jam semata nak cari gambar pasport aku. Memandangkan harini aku last bekerja, dorang pesan nak 2 gambar pasport jika tak bagi maka duit gaji aku tak bole claim. Pada asalnye aku ade simpan gmbr pasport di rumah tapi bila dah selongkar seluruh isi rumah gmbr itu takde. Yang ade sekeping je. Maka aku cari konklusi baru just photostat je gmbr tu gne printer aku mcm biasa, Tapi ntah kenapa dakwat printer buat hal. Try la service sikit apa yang patut tapi stil tak berjaya. Dekat 1 jam jugak tanpa sedar. Lagi setengah jam masa rehat aku dah nk habis. Then plan gune pen drive and terus print kat kedai printer. Dan2 jugak pen drive biasa simpan tempat asalnye pun takde. Menangis juga mencarinye sebab masa terlalu suntuk pelbagai bentuk doa dok sembur supaya benda tu muncul depan mata. Lagi 20 minit aku bergegas ke kedai photostat mintak aunty tu photosat gmbr yg ade tu jgak walaupun pada asalnye dia agak keberatan. Amik masa jugak masa nak bayar sebab ramai budak2 dtg kedai dia beli janjan. Masih tetap bersabar lagi. After that, terus pecut ke tmpt keje selamatkan waktu bkerja. Hnya Tuhan sje tahu pecutnye masa tu. Tempat keje aku amat menitik beratkan masa. Jadi memang kenelah batang hidung aku sdr yg slow melow ni. hmmm. Papepon, ending dia supervisor aku selamat terima gmbr aku. And aku terlmbat 3 minit punch card aku. Ahh redha jawabnye. Dan mesti ada trtanya kenapa tak buat terus ke kedai gmbr? jawapan aku nak jimat duit punya pasal. Ada kemudahan tapi tak digunakan sayang. Tapi kemudahan yg ade bawa malapetaka pulak. So tricky Allah nak uji aku sebenornye. Dan gayanye aku masih tak cukup matang untuk berhadapannya dgn cukup kesabaran dan ketenangan. Lahai.

***

Tmpt keje aku jugak byk beri pendedahan kepada aku. Aku ditugaskan berada disekeliling dengan ibu bapa dan anak-anak kecil. Pelbagai ragam keluarga aku jumpa. Ada ibu bapa pening layan kerenah anak2 kecil dorang, ada yang cukup tenang layan telatah dorang. Dan ada jugak adegan pukul2 marah2 anak-anak dorang depan orang ramai. Seriously, aku cukup tak suka tengok ibu bapa marah anak depan orang ramai. Walaupun dia budak kecik tak tahu apa2 tapi dia still ada maruah dan perasaan malu. jika ada ibu bapa kerap buat begitu, psikologi budak itu kemungkinan boleh terganggu. Sesukar mana ragam si anak itu mungkin ada cara lain untuk tarik perhatian dia. Psikologi dr ibu bapa byk main peranan masa itu. Tapi aku sedar, aku mampu berkata2 shj. Bole kata aku takde di tmpt dorang dan aku masih belum ada lagi pengalaman sebegitu. Tapi aku tetap cuba berada di situasi dorang. Mungkin aku kena banyak lagi buat pemerhatian dan perlu mendalami lagi ilmu kekeluargaan ini. Ada suatu ketika, aku leka membuat kerja aku tetiba ada budak kecik datang ke tempat aku. Dia menangis2 di hadapan aku. Aku bertanya kenapa dan aku perasan dia tengah menanggung kesakitan. Adik tu bercerita sambil menangis2 katanya "sakit bebird..sakit bebird..". Aku kaget sikit time tu memandangkan rakan-rakan sekerja aku yang lain sedang berehat. Then..aku try lagak mcm seorang kakak punyai naluri keibuan pujuk adik tu. Aku tahu dia tengah mengerang kesakitan. Tetiba muncul seorang lelaki bagitau kat aku katanya dia nmpk adik ni kencing berdiri kat taman depan tmpt aku kje tu. Tak lama kemudian, mak adik ni muncul lalu marah2 adik ni sebab tak dengar kata dia. Dah marah2 pastu pukul sedangkan adik tu masih menangis2 menahan kesakitan yg sedia ada. Aku tak mampu nak berkata apa2 apabila maknye ajak balik nak bawak jumpa doktor. Ada jugak parents bawak anak2 kembar dorang yang comel2. Siap bercerita tips2 nak jaga anak kembar. hahaha...dan ada jugak anak foreigner yang kehilangan parentsnye sedangkan parentsnye leka mencari barang. Cari barang anaknye ditinggalkan. Berani sungguh dorang ni. Tahulah Malaysia masih aman. erm erm ermm...Syukur Alhamdulillah asal daripada keterpaksaan lama-lama jadi sukarela. Tiap kali tengok budak kecik yang innocent dapat la jugak sejukkan hati dan permandangan aku daripada melayan karenah ibu bapa dorang.

***
  p/s : Aku cuba jadi anak yang baik kepada parents aku sebab aku tak nak anak-anak aku nanti degil dan nakal. Kesian husband aku. Tak cukup bebankah dia dapat wife yang pelik macam aku ni? dah la makan comot..ermmmmm =/

Selain makan comot. Saya pun kuat makan. Lagi-lagi kek. :)


Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426