Posts

Showing posts from January, 2012

pssttt!!! sila dengar ini LAGU ya!

Image
TAK SESUAI BAGI PENGGUNA INTERNET YG LEMBAP MCM SIPUT! wohaaa!! ada seorang SAHABAT yang kukasihi ttbe je suruh aku dengar lagu nie. hmmm..yaaaa~~~lalala~~woooo~~ohohohoh~~~gogogo! okey,not bad. memang superb la lagu nie beb.btw thanz ok.:) then sekarang tiba masanya,  aku rasa macam nk kongsi plak video nie dlm blog comel aku nie+plus Miss Lisa pon ada dlm vdio tu(comel la kak Lisa :D,seriously!) walauapapun hope enjoy this video n lastly lagi BETTER+BAGUS+PERFECT kalau mamat si jejaka tu baca.kan! tettt..~~ sudah! cukup bebelanku utk arie nie..assingment bertimbun-timbun+final exam dh nk dekat. PERGH!>_<'

YOU got to go go go...

Image
When people ask me why I let you go,  I just smile and give a distant reply,  They dont realise that I still love you,  That I still need to get over you,  That you left your mark right on my heart,  They don't know the pain that I feel, of trying to let you go, Because I realised a long time ago,  You would never love me, the way I still love you!

Let him go.....

Image
Letting him go doesn't mean you stopped caring.  It means you stopped trying to force him to.

Si Pembuang Masa!

Image
assalamualaikum w.b.t :) fuhhh...makin lama belajar di U makin menjadi-jadi suka membuang masa.. duhh..ntah ttbe bangun pagi hari terus berdialog dalam diri.mamai kot.  diri aku : wehh apa hal dengan ko,ikin?makin teruk la ko. aku : duhh..ntah la derr. aku rasa sejak 2 menjak nie aku xde semangat la.hump! diri aku: apa kes ttbe xde semangat?jangan ckp psl bdk damn tu lagi..  aku :err..ada la skit kot. tapi bukan setakat tu je la. diri aku : then ape plak?ce cte ce cte... aku : mmm...aku rasa aku xde motivate untuk aku. diri aku : aiseyyyyymannnn....apemande la ank pak suhaini sorang nie. dah beribu2 kali aku habaq kt ko tapi ko wat dono je kan selama nie. TAKDE KESEDARAN LANGSUNG .haa sekarang nie aku nk habaq buat berpuluh2 kali ribu kt ko.  "INGAT! ANAS,AMINA, NASIR..DEPA TU HEBAT2. yang mamat sorang tu dh pon gi oversea (ko plak masih terkandas dlm negeri.ape kess??).yang sepupu akrab+kamcing+segila+sekufu+sebulu ko tu mmg genius tahap gaban(ko plak ble...

Pesanan Abah dan Mak :)

Image
assalamualaikum w.b.t -DOA UNTUK IBU BAPA- Ya Allah  Rendahkanlah suaraku bagi mereka  Perindahlah ucapanku di depan mereka  Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan  Lembutkan hatiku untuk mereka  Ya Allah,  Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas  didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas  kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah  mereka sebagaimana mereka memeliharaku.  Ya Allah,  Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan  atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku  atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku  jadikanlah itu semua penyebab susutnya  dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan  mereka dengan perkenan-Mu ya Allah  hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan  kebaikan berlipat ganda.  Ya Allah,  Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,  Izinkanlah mereka memberi syafa'at unt...

P-E-R-S-A-H-A-B-A-T-A-N

PERSAHABATAN kita boleh diibaratkan seperti  THE PEARL , nilainya amatlah tinggi ibarat THE NECKLACE & semua orang mencemburuinya  seperti  PEARLBUYERS , tapi oleh kerana kita sentiasa bersama seperti KINO&JUANA , tak ada yang boleh merosakkannya meski MOKGOBJA sekalipun, bahkan alat secanggih SOUND MACHINE pun tak boleh memisahkan kita, kerana janji saya seperti TOMMY  dan tak kan meninggalkan awak kerana saya takut awak akan melupakan saya seperti TENGGANG'S HOMECOMING  ,saya harap awak mengingati saya seperti SONNET18 dan IF  saya terpaksa pergi dulu seperti COYOTITO ..

HATI :)

Image
Kala sunyi sendiri Dipanjat doa pada Ilahi Kurniakan sekeping hati yang memberi Hingga ke akhir hayat berjanji menemani.. Tuhan mungkin mahu kita tunggu lagi kita tunggu sambil pujuk hati bersabarlah untuk sedikit masa lagi akan tiba juga yang kita nanti-nanti.. tiba waktu segalanya tertepati hati tidak sunyi sendiri lagi berteman bahagia hari-hari syukur atas kurnia yang tak terperi.. namun sekejap sahaja merasa serba mencukupi teruji dengan masa yang selalu dengki dulu dan kini sudah tidak serupa lagi kalau mengadu, apakah nanti dikata tidak mensyukuri ? dipujuk pujuk hati untuk mengerti tercari-cari penawar mengubat sunyi kita takut berteman sepi bantu kita temukan diri... ************************************************************* p/s : tetiba je ter-feeling plak waktu petang yg sejuk dan mendung...ish!

♥~Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah~♥EPISOD 10

Image
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman men...

♥~Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah~♥EPISOD 9

Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya ...

♥~Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah~♥EPISOD 8

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berd...

♥~Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah~♥-EPISOD 7

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. “Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia b...

♥~Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah~♥-EPISOD 6

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman m...

♥~Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah~♥-EPISOD 5

Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata ...

♥~Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah~♥-EPISOD 4

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ aba...

♥~Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah~♥-EPISOD 3

Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum ...

♥~Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah~♥-EPISOD 2

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Ak...

♥~Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah~♥-EPISOD 1

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,...

‎~✿>> CINTA ITU AMANAH ALLAH..<<✿~

Image
Jadikan PERCINTAAN kita sebagai AMANAH dari Allah s.w.t, insyaAllah kita akan BAHAGIA dunia dan akhirat..apabila kita sematkan dalam hati bahawa percintaan kita adalah amanah dari Allah untuk kita, tentu kita akan menjaga cinta itu dengan sebaiknya..  TETAPI ..bagaimana hendak MENJAGANYA ? >>> Bila kita MENCINTAI kerana Allah , kita akan JAGA cinta-cinta kita dari jatuh ke lembah dosa dan maksiat..kita akan bawa orang-orang yang kita cintai bersama-sama ke jalan Allah..tidak akan kita tinggalkan orang-orang yang kita cintai di belakang sementara kita sendiri mengecap MANISNYA CINTA pada Allah.. Dan INGATLAH , orang-orang yang kita cintai itu juga BERHAK mendapat kemanisan IMAN .. ♥♥♥

Every girl deserves to be treated like a princess♥

Image
******************************************* Every girl deserves to be treated like a princess♥   So girls have self value stop being so easy, if a Guy cheats LEAVE , always be confident.  If you can't be happy by yourself that's a problem you don't NEED a Guy.  If you start needing guys to be happy that's a problem .  It doesn't matter what anybody thinks of you.  What you think of yourself is what really matters.  You are your worst enemy.  *********************************************************************** Now start L O V I N G yourself♥

tanpa KAU aku boleh hidup BAHAGIA!

Image
Sifat lelaki memang sukar untuk diramalkan.. ada sesetangah lelaki berlagak setia tapi sebaliknya ada mcm " hantu " huh...dh sinonim sangat "kaum Adam memang seorang penyayang" terlebih-lebih memang jenis susah untuk setia pada yang satu sahaja. kan. Tettt...paham sangat mesti ada panas hati  tak pun separuh boleh terima. Tapi.. bila aku fikir sedalam-dalamnya, aku percaya tak semua lelaki macam tu. dok aku tengah layan hati aku sakiti, TETIBA aku teringat satu dialog yang dipost kt FB. Yang mana dlm dialog perihal seorang perempuan baru terputus hubungan dengan bf nye. Then, kawannya pelik bin hairan tengok kawannye itu langsung tak sedih apabila baru putus dgn BFnye lalu dia pon bertanye dengan kawannye itu . Nak tahu ape jawapannya??... kawan dia jawab.." Buat apa aku nak sedih atas kehilangan dia. Sesungguhnya lelaki itu adalah serugi-rugi manusia kerana melepaskan seseorang yang amat mencintai dirinya." soooo, bila difikirkan balik ayat tu, meman...

Luahan rasa

Image
Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri. Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah. Bila menangis tidak siapa yang tahu. Semuanya demi maruah diri.. Walau siapapun kita, dimana kita berada, langit tetap dijunjung, tanah tetap dipijak. Selagi kita hidup, langkah mesti diteruskan. Jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk ALLAH yang sedang diuji oleh-NYA ..