Pesanan Abah dan Mak :)
assalamualaikum w.b.t
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Sejak dua menjak nie acap kali aku berduka. Aku pasrah sebab itu hanyalah sebahagian kecil ujianNya untuk aku.
tatkala hati ku sering keluh resah,orang pertama aku berbicarakan ini adalah mak aku sendiri. Dia lah yang mententeramkan hati ini ketika hati ini sedang bergolak dengan kekecewaan duniawi semata-mata. Dia sudi mendengar tangis hibaku dan ketawa riangku. Kata-kata semangat dan harapan yang diberi sering membuat aku teringat bahawa diri ini hanyalah insan biasa."berpijaklah dibumi nyata"inilah pesanan mak buat diriku ini.
Manakala, abah agak susah sikit untuk bercerita secara terus tetapi dia selalu memahami ape yang hendak diperkatakan terlebih dahulu. Dan setiap pengalaman sepanjang hidupnya dia akan tetap kongsi bersama denganku. Tak kira zaman suka dan duka mengenai kehidupannya yang dahulu. Dan setiap cerita yang dia kongsikan itu pasti ada tercerita yang tersirat yang banyak memberi pengajaran buat diri ini. Tak jemu-jemu bercerita mengenai pengalaman hidupnya. "Dengan pengalaman buatkan kita semakin matang"itu lah ungkapan dia mengingatkan ku terutama sedang meniti ke alam dewasa ini.
Setiap harapan, semangat, kesusahan dan kesenangan, dan doa mereka akan terus aku simpan rapi dalam ingatan ini.
Pesanan kedua-dua mak abahku sebelum aku masuk ke sekolah+tusyen+asrama+kolej+universiti mereka akan selalu berpesan
" harta benda mak abah tak mampu nak beri kat anak-anak tetapi hanya ILMU sahaja lah mak abah yang ada. Gunakanlah ILMU itu dengan sebaik mungkin."
Comments
Post a Comment
Eh! ada orang bercakap-cakap..