HATI :)


Kala sunyi sendiri
Dipanjat doa pada Ilahi
Kurniakan sekeping hati yang memberi
Hingga ke akhir hayat berjanji menemani..

Tuhan mungkin mahu kita tunggu lagi
kita tunggu sambil pujuk hati
bersabarlah untuk sedikit masa lagi
akan tiba juga yang kita nanti-nanti..

tiba waktu segalanya tertepati
hati tidak sunyi sendiri lagi
berteman bahagia hari-hari
syukur atas kurnia yang tak terperi..

namun sekejap sahaja merasa serba mencukupi
teruji dengan masa yang selalu dengki
dulu dan kini sudah tidak serupa lagi
kalau mengadu, apakah nanti dikata tidak mensyukuri ?

dipujuk pujuk hati untuk mengerti
tercari-cari penawar mengubat sunyi
kita takut berteman sepi
bantu kita temukan diri...

*************************************************************

p/s : tetiba je ter-feeling plak waktu petang yg sejuk dan mendung...ish!

Comments

Popular posts from this blog

0426

Tanya dan jawab.

Every heart.