"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Bismillahrirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Belajar! belajar! belajar! Menuntut ilmu tanpa mengira erti jemu demi untuk mendapatkan pointer terbaik ataupun hanya krn Lillahitaalah? walauapapun kedua-duanya adalah penting tetapi diantara yang penting yang perlu diutamakan iaitu NIAT. Dengan niat, maka terjadi sesuatu perkerjaan dengan izinNya.

Dalam kuliah, kertas ujian telah selamat diterima daripada lecture sendiri. Target dan sangat berharap markah itu adalah Fullmark! tapi nasib kurang baik...markah sedikit lari apa yang ditargetkan..
Bermacam-macam aku bermonolog sendiri dalam kuliah itu..seakan akan tak boleh menerima hakikat kerna aku yakin pd masa itu sgt confident saat menjawabnya. Namun disebabkan careless berpunca aku sendiri hancur luluh hati ini kerna ia terlalu berharap! Apabila berharap sangat sebab itu kecewa. padan muka kau!

Selepas tunaikan Asar, aku cuba mengulangkaji subjek Kejuruteraan Geoteknik sebab malam itu jugak ada test. Nak tak nak kena jgak menatap buku walaupun selepas Asar. Ada orang kata belajar lepas Asar tak bagus untuk otak. Ntah..aku xpasti kesahihannya. Tak jumpa hadis hadis seperti itu. Wallualam..

Sedaya upaya perah otak untuk menghadam segala formula dan teori namun ia masih tak melekat jua. Penat diri ini berhempas pulas. Setelah itu, aku mencari satu sudut dan ruang privasi untuk aku sendiri. Muhasabahkan diri. Terlalu banyak dosa mungkin? asyik kecewa semendang je satu hari itu. Aku buka zip tafsir Al Quran warna pinkku, kemudian ku selak ke surah Ar-Rahman. Ntah sebab apa hati aku ini beriye iye hendak membuka Surah itu. Sayu dan rasa hiba tetiba saat membacanya. Aku membaca tafsirnye dan semakin bertambah hiba lagi apabila aku membaca tafsirnya berbunyi.....




"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"


ZAPPP!! tersentap hatiku apabila ayat ini berulang2 kali Allah tanya kepada diri ini. 31 kali Dia bertanya. Sungguh! tak dapat apa yang aku boleh dustakan nikmat-nikmatNya selama ini. Hati ini merintih teramat tetapi tiada siapa yang tahu selain Dia. Syukur Alhamdlillah kepadaNya telah menyentapkan hati ini. Selagi hati tak disentap selagi itulah ia lalai.


p/s : alhamdulillah, sepanjang ujian malam itu rasa tenang sekali walaupun pada mulanya aku berasa gugup teramat sangat hingga tanganku kesejukkan dan mengigil.  Tetiba teringat nasihat seorang sahabat usrah "jangan lepaskan kebergantunganmu terhadap tuhanMu. Pasti hatimu tak kan rasa sedih dan kecewa." tenang skit hati ini... :)

Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426