randomness

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

hai akal, dari kemusykilan terjadinya satu persoalan.
Satu persoalan yang dituju terus pada diri.
Tetapi entah sebab apa persoalan sendri cipta sendri tak tahu nak jawab.
Walhal persoalan demi persoalan makin banyak  meninjah ke akal.
Hingga akal ini buntu tak tahu nak jawab persoalan itu.

Hai diri, yang diketuai oleh akal. yang sedang dikuasai minda.
hanya sekadar menjadi penurut sahaja.
Jika akal kata tidak maka ia tidak jua, jika ya maka ya jua.
Sampai kapan mcm mana pun ia hanya sekadar menurut sahaja.
tiada arah tuju. Kosong. dan sunyi.
Lelah sebenarnye diri ini menjadi penurut sahaja tetapi ia tetap tak boleh elakkannya.
Seakan akan penanda arah angin.
Jika angin meniup arah ke barat maka ia turut jua ke tempat yang dituju.
Jika angin menuju ke arah timur maka ia akan ke timur jua.

Sesekali apabila siap dirancang akan sesuatu, pasti tak tercapai.
Kekadang akal dek lemahnya iman didada selalu berkata untuk berputus asa dan sekadar berserah begitu sahaja.
jika ada, maka adalah. Jika tak ada, maka tak ada lah ia.
apa yang matlamat yang dah tersimpan hati kekadang terpaksa dilupakan dek akal yang mengutuskan begitu...
penat berusaha, penat lagi berputus asa.
hati ini benci erti berputus asa itu!

resah, keluh, berduka lara kerana hilang semangat itu
Mujurlah, seorang saudaraku seislamku selalu mengingatkan jangan lupa selalu bergantung dengan Allah
Allah Allah Allah...ya Allah tempat tali pergantungan bagi setiap hamba-hambaNya.

Hai hati, semakin usia bertambah semakin banyak dosa kau cipta sendiri samada
sedar atau tidak.
semakin banyak dosa tercipta semakin hitam hati ini.
Seakan akan gelap awan di langit malam tanpa sapaan bulan dan bintang.
Kekedang diri yang dikuasai minda, dan minda selaku ketua segala tindak tanduk diri ini
menjadi tidak keruan apabila hati ini tidak tenang.
Ya, seperti kekasih hati Salallahualaihiwasalam pernah bersabda,
ada seketul daging dalam tubuh badan manusia, jika ia baik maka baiklah ia,
jika busuk maka ia busuklah ia. yang dimaksudkan seketul daging itu adalah hati.
Ya, saat ini dalam kencah rencah kehidupan yang penuh onak duri mawar,
hati ini sedang dalam proses penyucian.
suci dari hasad, iri hati, prasangka dan mcm mcm lagi.


tak lama lagi angka 19 tahun akan bertukar ke 20 tahun,
dengan darah muda yang masih mentah banyak lagi ilmu perli ditimba.
keinginan untuk tahu dan mencuba sesuatu yang baru semakin membuak buak.
dengan berpegang teguh dgn iman dan ketakwaan dan berperisaikan ilmu di dada
insyaAllah dgn hikmah akan kita terokai dengan lebih mantap.






Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426