Izinkan aku lepas penatku dibahumu.

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

"Ya Allah". Hanya sepatah kata itu shj terucap setelah lepaskan keluhan beratku. Lately nie, Aku mudah sangat mengeluh. Aku mudah menyalahkan itu ini walau hal sekecil pon. Aku rasa diri aku mudah sangat berputus asa. Aku rasa seperti mayat hidup tak berguna je. Aku mudah lemah semangat tak sama seperti dulu. Aku berasa lemas tak berair. Aku tertanya tanya dimanakah diriku sebenarnye? atau aku masih tak kenal diri aku walaupun hidup di bumi ini selama 20 tahun.? hurmmmmm.......rasa nak menangis pun ada. Rasa nak menangis sepuas puasnya. Rindu rasa nak menangis di riba seorang mak dan seorang abah sama aku lakukan dahulu ketika aku masih kecil lagi. Sebolehnya mahu buang sahaja segala keperitan dan kepenatan yang tak tertanggung dalam hati ini. Nak berkongsi dgn manusia tapi tak mahu. Tak reti nak bercerita. Nak kasi ringankan beban dgn sendiri tapi makin membiarkan beban itu bertambah.Aku buntu sebenarnya.



Aku berasa sedih. Sangat. Aku tahu hanya kepada yang SATU je tempat boleh meluahkan segala perasaan. Allah . Bermacam macam cerita aku bercerita kepadaNya. Dia tahu itu. dan Dia sedia maklum tahu itu sebelum aku bercerita lagi. Tapi, aku ni hanya manusia yang biasa. Kekadang perlunya sokongan di belakangku di sisiku di hadapanku juga saat aku terjatuh tak terbangun . Aku juga memerlukan insan menyentuh aku dgn kelembutan dan memeluk aku dgn erat saat aku rasa keseorangan . Cukuplah seorang insan yang sudi memahami dan membantu merawat hati yang sedang sakit tenat ini.

Dan makin bertambah penat hati ini, muncul pula seorang demi seorang yang tambahkan kesakitan hati ini hingga terluka bernanah sama sekali. Antaranya dalam ahli keluarga aku, tak sudah sudah mengutuk menghina mengata mak aku sendiri. Macam macam tomahan dilemparkan keatasnya. Siap boleh jatuhkan hukuman HARAM sesuka hatinya bila mak aku lakukan sesuatu. Apa silap mak aku? aku sendiri langsung tak nampak kesilapan mak aku sendiri. Aku tegah dan cuba bangkang tapi mereka tetap tak menghiraukan. Malah mereka lemparkan senyuman sinis terhadap aku.  Kononnye mereka belajar dgn orang berilmu, belajar dgn alim ulama, ustaz ustazah dapat penuhi ilmu mereka dalam dada itu. Oleh sebab itu, pandangan seorang budak mentah seperti aku langsung tak dihiraukan. Walhal, Aku pernah juga belajar sekolah agama dahulu dan aku masih ingat didikannya dan aku juga pernah belajar dengan golongan alim ulama. serta aku pernah juga belajar dengan ustaz dan ustazah aku. Tapi takde lah tergamak nak jatuhkan sesuatu hukaman sesuka hati. Aku buntu tak tahu nak menegur cara macam mana lagi dengan mereka. Mereka dah berumur. fikiran mereka lebih dewasa daripada aku. Tak kan lah dah tua tua asyik kea tegur dengan budak mentah je? Mereka juga termasuk darah daging aku. walauapapun, Aku tetap sayang mereka juga. Sebolehnya aku cuba elak hati mereka terguris. Dan saat itu, aku hanya mampu senyum walhal dalam hati meronta ronta, tersedu sedu, terjerit jerit nak lemparkan balik segala cacian dan makian mereka. Dan disebalik mataku yang sepet saat tersenyum, mereka tak nampak air mataku sedang tertahan supaya tak terjatuh dr kelopak mataku. Mereka tak tahu semua itu. Tak tahu dan tak akan pernah tahu! dalam hati aku kuberkata moga Allah sediakan Syurga untuk mak.



Kedua, an EXPECTATION. Satu jangkaan yang tak terjangka dalam kotak fikiran ini. Semuanya OUT ! seorang hamba Allah nie aku berkawan agak lama. Tapi sekadar kawan biasa sebab dia duduk jauh. Jauh dari benua Malaysia ini. Hampir 8 tahun agaknya tak jejak kaki ke Malaysia. Dia belajar hal berkaitan agama dan dia menghafal satu Al Quran. Aku suka berkawan dengannya dengan harapan dia dapat tarik aku dan berkongsi dgn ilmunya dr sana. Tapi malangnya, dia seakan akan hanyut dengan dunianya sendiri. Makin lama aku kenal makin banyak perkara aku prasan. Aku cuba husnuzon bersangka baik dan tiba jadi satu tanggungjawab aku perlu tegurnya. Sebenarnya, aku ralat dan sedikit terkilan. Dia buat apa disana. Dia belajar apa disana bertahun2 lamanya tapi seakan akan lupa semua itu. Apa yang aku harapkan dari dia tapi lain pula jadinya. Mungkin dia culture shock. Mungkin. Aku hanya mampu buat selaku seorang kawan hanya mampu berdoa yang terbaik untuknya.Allah knows better than me.

Ketiga, Sem ni aku rasa down. Down sebab apa aku sendiri tak tahu.  Plus, aku tertekan kerna aku perlu maintain pointer DL aku setiap sem. Aku rasa goyah segala hal. Mungkin aku makin kurang kebergantungan terhadapNya. atau aku makin alpa dengan kenikmatan yang sementara ini. Setiap sem aku cuba sedaya upaya untuk buat terbaik. Aku cuba tunjukkan keputusan yang terbaik supaya suatu hari nanti aku dapat bela nasib keluarga aku sendiri. Kelmarin, test 1 subject Analysis Structure aku rasa down teramat. Sebelum nie, aku jawab test2 susah bleh la jgak aku buat. Dan sebenarnya boleh je aku bawa subject tu. Boleh je aku mudah faham akan konsepnya. Boleh je aku ingat formulanya. Tapi bila tiba masa test dalam dewan yang dingin tahap benua kutub Utara itu, segala apa yang aku belajar semua ini, segala excersice aku buat sendiri, ulangkaji tutorial dan focus 100% dalam kelas but still tak membantu aku. Macam2 doa aku baca. bermacam jenis aku ikhtiar tapi masih tak jumpa jawapan diatas kertas soalan itu. Sampai terlintas hati aku"enough! I'm give up!". Susah aku nak menerima kenyataan itu mulanya tapi aku terpaksa akur...


then . . . aku cuba dan paksa diri aku bermuhasabahkan diri. Apa silap aku? Aku ade sakitkan hati Mak Abah ke? Ade buat salah dengan anak orang ke? Hutang aku masih belum langsai lagi ke? tapi . . .   masih hati ini tak tenteram lagi. kenapa ya? hurmmm....





p/s : Semalam, ade seorang teman akhwat dari kenalan bulatan gembira aku menghantar mesej ringkas, suruh aku buka surah Ar Ra'd ayat 9 - 11 then ayat ke 28. Pabila aku membuka mini tafsirku dan membacanya dalam hati. Terus, rasa syahdu skali. Tepat pada masanya. Benda penting aku lupa! memang patut aku rasa semua itu. Tersentap! Syukran jazilan :'). May Allah bless u always and alwayssss...sedikit terubat hati yang terluka ini :')

Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426