kenapalah sesetengah org melayu trlalu taksub sgt ""BENDA2" tu??

bismillah..
assalamualaikum...



Pejam celik pejam celik dah hampir 2 minggu saya ddk rumah jd bibik sepenuh masa..nak buat cm mne..time nie la masanya utk spend masa berkualiti bersama keluarga dan sambil tanam anggur dpn rumah  belajar la memasak ke menjahit ke..ehem!..patah balik kisah cerita td...BENDA ??..

.kadang-kadang org2 melayu nie  anggap benda nie sesuatu ghaib...dan sometimes mereka asyik bercerita hal benda2 smua tu...kadang-kadang naik rimas saya bila asyik mendgr perkara yang sama sahaja...ish3...=.=''

bila perniagaan diorang banckrup mle lah salahkn orang lain..kata  ada org dengki hantar2 benda-benda ataupun bila ditimpa musibah seperti sakit...then bila xdpt terima kenyataan doktor mula jumpa bomoh...lepas tu mintak itu mintak ini....then mula la kepercayaan khurafat spt penggunaan tangkal dan seangkatannya...well korang mesti phamkn benda2 smua tu...tak semua musibah yang melanda atas diri sendiri ade kena mengena dgn benda-benda semua tu...tapi bagi pendapat saya yg kerdil ini...memang la hidup ini x lepas dari ujian dan musibah...Allah memang sengaja hendak mmberi ujian keatas hamba-hambaNya...itu memang rencah dlm kehidupan...

mengenai ujian kesusahan, firmah Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah :

155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar


 dan lagi satu yang penting Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira. See ??...percayalah...sesuatu kejadian pasti ada HIKMAHnya. 






Tetapi jangan terlalu berharap tanpa usaha...ya,kita boleh cari ikhtiar selagi berlandaskan syriat yg telah ditetapkan oleh Islam . Sebagai contoh,bila sakit yang terlalu melarat sehingga tiada ubatnya maka boleh la berjumpa dgn pakar-pakar perubatan Islam yang PROFESIONAL bkn yg SEBARANGAN ya!..nanti lain pulak yg jdnya...tetapi INGAT jangan terlalu TAKSUB sgt benda-benda semua tu...sebab semakin taksub terhadap benda-benda semua tu semakin benda-benda itu suka bertepuk tangan kerana telah berjaya pesongkan akidah umat islam sebab terlalu taksub benda tu...yang PENTING banyakkan berdoa,usaha,istiqomah,tawakal + berfikiran positif sentiasa...


terima kasih sudi membaca...itu hanyalah pendapat saya yang kerdil ini...lain orang lain pendapat
yang baik datang drpd Allah yang buruk datang drpd diri saya sdr...
sekian :)





Comments

Popular posts from this blog

0426

Tanya dan jawab.

Every heart.