Kenapa dengan iman aku nie?

Bismillahirrrahmanirrahim..

Ya Allah, Kuatkan imanku, Kuatkan mentalku, Kuatkan fizikalku saat menghadapi hujan dugaan (xsemesti sedih je tapi bahagia pun ada! ) yang kau berikan padaku. Tambahkan dayaku untuk memikul tanggungjawab aku. Sungguh, aku rasa diriku teramat lemah. Aku malu dengan Mu. Aku malu, Ya Allah, Aku banyak mengeluh. Aku banyak merungut. Aku mudah berprasangka buruk pada setiap ketentuanMu.

Baru baru nie aku rasa imanku sangaaaat lemah. Allah! Allah! Allah! aku hendak menangis tapi tak boleh. Mulut ini berat sangat nak berbicara. Adakah hati aku semakin keras? Aku cuba dapatkan impak yang lebih dalam  hatiku saat aku amat memerlukanMu. Aku nak menangis sepuas puasnya. Tapi berat sangat air mata ini nak keluar. Aku nie manusia yang Ego ya Allah. Asyik nak memberontak je.

Ya Allah, buat seketika ini, saat aku sedang mengenali dunia sebenar, saat aku baru kenal erti kehidupan sebagai seorang islam yang sebenar, saat aku sedang berusaha memantapkan ilmu yang Kau berikan padaku, Janganlah engkau campak "rasa" suka itu pada seseorang yang bukan milik ku. Aku takut, ya Allah. Aku takut aku menangis disebabkan kesakitan yang pernah aku rasai dahulu. Biarlah aku menangis hanya Kau sahaja. Aku rela menangis air mata darah sekali pun asalkan hanya Kau sahaja. Jangan biarkan hati ini mudah sangat lemah pada bisikan syaitan dan 9 hawa nafsuku ini. Aku takut, ya Allah. aku takut dengan soalan yang Kau lemparkan padaku pada saat itu ketika itu aku xde jawapannya.Ya Allah, tolong aku. Tolong aku simpan perasaan fitrahku ketempat yang sebenar benarnya. Aku skrg tgh berusaha untuk menjadi yang terbaik demi dapatkan yang terbaik juga. Demi keturunanku. Aku tak nak anak cucuku sama alami zaman kekesalan yang pernah aku lalui. Masa itu aku terlalu jahil dan tuli. Aku tak nak itu yang  terjadi pada anak anak aku. Izinkanlah aku dapat berjumpa zauj ku yang beramal soleh supaya dapat sama sama membentuk keturunan yang baik baik. Aku percaya dengan janji janji Mu, Ya Rahman Ya Rahim....


Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426