Kita bercakap mengenai MIMPI.

Bismillahirrahmanirrahimm..
Assalamualaikum wbt

Mood : tengah layan mood klasik.
Music : Malam Bulan Dipagar Bintang - P.Ramlee & Saloma.


Sebelum kita mula bicara kita, marilah kita baca Surah Al-fatihah sempena bulan Ramadan utk diri kita, ibu bapa kita, guru2 kita, sahabat2 kita dan orang yg lain yg msih hidup maupun sudah meninggal dunia.

Ehem! ehem! *controlsuaraayu* actually kan, aku tak tahu nak mulakan cerita mimpi ini mcm mana. Hatta, utk bahasakan diri pun aku confuse . Tak tahu samada nak guna "aku-kau-saya-awak" hahaha. Ini sebab aku pernah terdengar or terbaca satu ayat ada orang tegur "perempuan berengkau-aku xmanis di public" . Ehem! ehemmm! *batukgeram* Well, dalam rutin hidup aku kebanyakkan masa aku bersama kawan-kawan. And, aku lebih gemar berbahasa "aku-kau" drpd "saya-awak". Sebab aku dapat rasa boleh akrab and perasaan awkward dlm hubungan boleh kurang sikit demi sikit dgn org tu. Hanya certain orang tertentu sahaja, mungkin aku akan "bersaya-awak" mengikut keadaan dan masa. Alright, mukadimah agak melalut dgn hanya satu topic sahaja. Itu pun baru SATU topic. hahahaha.  Maaf sekali sebab bazirkan masa anda yg bernilai emas tu. And maaf kali ke-dua andai entry ini benar-benar buat anda rasa anoyying. Kalau tak suka Takpe, xde masalah... kita boleh bawak berbincang. haha =p

Ok. Mimpi. Semua orang mesti ada mimpi. Samada tengah tidur atau terjaga? Menurut tafsiran aku yang ala2 biasa nie, mimpi itu diibaratkan satu keadaan/peristiwa yang telah berlaku samada dalam sedar or tidak dan ia berlaku bukan dalam dunia realiti. paham tak??. Tak paham, takpe..kita boleh bawak berbincang sama2 atauuuu kita lupakan terus? hehehe

Baru-baru ni, aku ada termimpi satu peristiwa yang agak cliche and ironi dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Tapi, aku xberapa ingat sangat keadaan mimpi tu mcm mana. Apa yang aku ingat, dalam mimpi tu aku menangis sampai lah aku terjaga dari tido. Itu pun masih menangis teresak-esak. Pegang pipi terasa ada air mata. Pelik. Dalam mimpi tu aku dapat rasa satu perasaan ditinggalkan oleh orang yang aku sayang. Aku tak pasti siapa orang yang aku sayang tu. Sebab dalam dunia ni ramai orang yang aku sayang. Dan, aku tak ingat langsung aku mimpi peristiwa apa sampai boleh menangis mcm tu skli. Seharian aku diam. Dalam diam mohon agar tiada apa-apa yang berlaku perkara buruk terhadap orang-orang yang aku sayang. Lagi-lagi dalam bulan Ramadan, moga doa aku termakbul.


Mimpi seterusnya lagi laaaa agak suspend macam hape. Dan dua kali, aku dapat mimpi yang sama. Tak tahu petanda apakah ini. Samada petanda baik or buruk. Mimpi kali ni aku mimpi aku dapat baby kembar lelaki. hahahaha. K gelak puas aku dibuatnya. Masing-masing comel macam aku. hahaha. tapi yang pelik, wajah husband aku agak kabur. Yang tak boleh blah dalam mimpi tu, mak aku cakap husband aku pergi ke overseas. Maybe pergi study la kot. cehhh klau iye pun dia nak pergi study kat overseas bawak la aku sekali! sampai hati dia tinggalkan aku sorang2 :( *ahhaa tertiba emosi plak, padahal mimpi je pongg* hahahaha. Tapi, mimpi kali seronok sebab dapat baby kembar. Memang teringin ponggg. Ya Allah yang maha mengetahui, moga mimpi ini benar! ameen >.<

nak bulat mcm tu boleh?? hahahaha. K abaikan


Huishhh, bahaya2..kawin pon tak lagi dah pikir pasal baby plok. nak jadi hape la aku nie. Diri sendiri tak terjaga nak jaga anak orang tambah plak tu anak? ish3..
haihhh...teringat persoalan sorang member baik tu. "bagaimana nak capai keredhaan Allah SWT atas perkahwinan itu? errr something like that laa...motifnya R.E.D.H.A Allah yang dia nak sampaikan. ermmm...mula2 aku xpaham maksud dia then aku try la jgak search kt internet. tup tup tup aku terjumpa satu blog someone which is tajuknya mengenai BAITUL MUSLIM. Menarik article tu..ce tekan ini klau rajin nak tahu apa itu Baitul Muslim..baru aku paham sbnar apa yang kawan aku cuba sampaikan..Dulu, aku pernah dengar perkataan itu tapi just sekadar dengar dan malas nak amik tahu secara perinci. And bila soal mengenai redha nie, pernah suatu ketika aku mengeluh kepada member baik nie. kekadang aku terasa susah nak redha bila terjadi sesuatu yang aku tak ingini. tetapi nak tak nak kena jgak. Siapalah kita nak menolak perkataan "YA" daripada Dia...


p/s : mimpi ini sekadar mainan tidur. jangan percayakan mimpi tapi percaya kepada Allah. Kuasa Dia. Btw, bulan puasa jangan lupa banyakkan doa. ;)

Comments

Popular posts from this blog

0426

Tanya dan jawab.

Every heart.