perkataan SAYANG.

Bismillahirahmanirahim..


Dalam menjalani kehidupan ini, persoalan demi persoalan sering tercetus hingga diri ini lelah untuk mencari jawapan. Dan akhirnye, serahkan jawapan itu kepada Ilahi. Persoalan itu adakala bermukim dalam hati ini. Siapa yang tak nak dirinya disayangi dalam dunia pancaroba ini? Sedang aku menjalani kehidupan yang sunyi ini, sekurang-kurangnya aku tahu ada sepasang mata memerhatikan aku, ada hati dari jauh terasa berat saat melihatkan aku ditimpa musibah dan ditindas. Ada bibir terukir senyuman saat melihatkan aku gembira. Ada bisikan kata-katanya menegur aku saat melihatkan aku terleka dalam dunia aku sendiri. Tapi aku tahu, Allah SWT lagi peka daripada insan lain. Setiap gerak geriku Dia perhatikan. Bila aku bersedih hati Dia datang beri pujukan dengan memberi peringatanNya. Bila aku gembira Dia datangkan aku dengan pelbagai nikmat. 

Cuma, aku perlu bersabar sedikit. Aku perlu tambahkan lagi kesyukuran kepadaNya. Saat menjalani kehidupan dalam fasa sekarang ini dikelilingi dengan pelbagai godaan, aku perlu bertahan lagi. Aku bermohon sangat diberi kekuatan dan teguhkan pendirianku kali ini. Pelbagai teguran Allah dah beri. Cuma diri ini yang selalu leka baru nak sedar semua tu. Baru nak sedar aku masih tak keseorangan lagi. Tuhan masih sayangkan aku. Bukankah dengan teguran itu tandanya sayang? Sekarang ini, hanya perlu focuskan matlamat dalam hidup ini dari matlamat jangka pendek hingga matlamat jangka panjang. Ia tak mudah untuk menempuhinya melainkan dengan berbekalkan kepercayaan sepenuhnya dan yakin dengan diri sendiri dan gerak hati. Dan apa yang penting, bergantung kepada keizinanNya. Moga Allah redha apa yang kita inginkan. Allah maha mengetahui dan sayang akan hambaNya yang suka meminta denganNya.
"Allah menyayangi hambaNya melebihi 
kasih sayang ibu kepada anaknya " - HR Muslim


Adios. 

p/s : aku terbaca entry orang ini. Dengan entry dia ni dapatlah juga aku merasai ilmu daripada dia buat masa ini. Diari si introvert




Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426