3 perkara yg terbantut patut dilepaskan!

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah dapat diberi peluang sekali lagi untuk meluangkan masa dlm blog ini. Almaklumlah, sejak dua menjak bila sudah berkerjaya ni kekangan waktu amatlah dikesali. Banyak perkara hendak dikongsikan dalam blog ni. So ingin tahu, marilah scroll ke bawah dan bersedialah luangkan masa dan fizikal mental spirit ye. Saya warning awal2 mungkin entry ini agak panjang. hohoho

firstly, aku dah tamat first sem degree.
Syukur alhamdulillah tamat dengan jayanya~ pelbagai ujian telah harungi untuk mematangkan diri ini. Baru dapat rasa kelainan cara belajarnya daripada zaman diploma. Baru-baru ni, ya baru je tadi tepat pukul 4.30 petang hari selasa tanggal 30 Julai 2014, ntah sebab apa hati aku terdetik nak tengok smap online uthm. Tak tahu apa sebab main buka je padahal dah pesan diri dari awal lagi jangan buka result sem lepas. Tup tap tup TERtengok plak result sem lepas. Luruh jantung ni. Guess what the pointer i got? 3.48. threepointfoureight bhaiiii. Tooooooo close! mne hilangnye 0.02 mata tu?! hmmmm sedih pon xde gunenye walaupun hakikatnye....xpe, aku tetap kne bersyukur rezekiNya diberi dan kne tambahkan lagi usaha. come on ikinnnnn come on. bangkit! *padanmukasiapasuruhbukasmapon9*

Secondly, pengalaman baru!
Syukur sekali lagi, aku dapat tawaran menjadi salah seorang ahli keluarga dalam restoran jepun terkemuka iaitu Sushi King. Fuhhh, after abis final exam mekanik bahan selang 2 hari kemudia aku terus diserap masuk bekerja sebagai service customer at sushi king. Aku sangka restoran ni tak ramai orang. Selalu aku jejalan shopping complex terkemuka ni mcm tak ramai je customer dlm restoran ni. Bila dah masuk bekerja baru aku tahu ramai teramat manusia-manusia yang gilakan mkn sushi ni. alahaiii boleh tahan selera orang Malaysia ni. Sejujurnya, sepanjang aku bekerja di sini, banyak perkara telah aku pelajari selain bancuh pelbagai dessert yang kena ingat dalam kepala, kena layan karenah customer pelik2, amik order, buat itu buat ini. Seriously, keja disini didik aku menjadi sorg multi-skill. Yang penting, dari sudut psikologi dan mental bagaimana hendak menghadapi pelbagai pesen ragam manusia. Yelah, Allah mencipta berbillion billion manusia dalam dunia ni, jadi secara fitrahnya kita telah hidup dalam komuniti. Oleh sebab itu, Allah berpesan kepada manusia supaya berbaik sesama manusia. Hidup ini memang tak boleh hidup sorang-sorang. So, nak tak nak kena belajar bagaimana nak bergaul dan menjalinkan hubungan terutamanya dengan majikan, perkerja lain, customer dan sebagainya. Agak tough bagi aku, adakalanya tak semua orang sekepala dengan kita. Tapi apa yang penting kita perlu ada rasa hormat antara satu sama lain. Barulah aman~

Thirdly, selamat hari raya maaf zahir batin!
Okey, tanggal 28 Julai 2014 maka bergema la takbir di pagi syawal. Bila dikenang balik perkara yang lepas, banyak kesilapan dan dosa-dosa aku dengan orang sekelilingku secara sedar or tak. Sedia maklum, manusia tak perfect. Dengan kesempatan ini, aku memohon beribu-ribu ampun maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini secara dekat mahupun jauh. Moga kita akan berjumpa pada masa akan datang dengan jiwa yang bersih. Yang penting moga2 Allah sentiasa memberkati hubungan yang terjalin ini hingga ke jannah. :)




p/s: akan bersambung kembali penulisan entry ini jika diberi peluang skali *idea* bye, assalamualaikum :)





Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426