Sem baru kembali semula!

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati semula peluang sebagai seorang pelajar lagi.
Pengalaman mencari rezeki dengan kudrat sendiri ketika cuti sem lepas  ada jugak mendidik diri untuk sentiasa bersyukur segala nikmat yang diberiNya. Masa itu banyak kali terdetik dalam hati "begini rupanya susah mencari rezeki sendiri". So, dengan rasa susah untuk mencari rezeki sendiri tu buatkan aku patut mensyukuri dan  menikmati sepenuhnye hidup sbg seorg student. :)

Since tanggal tujuh hari bulan sembilan tahun dua ribu empat belas, maka bermula sem baru. Makin bertambah sem makin bertambah tough subjek yang harus dipikul. Maka, aku cuba ubah corak jadual kuliah aku ikut kesesuaian masa. Alhamdulillah, setakat ini okey walaupun mostly subjek aku dah tak sama dengan budak sekelas aku dulu yang paling aku rapat. T_T  Sudah seminggu sesi pembelajaran bermula. Sejujurnye, masa mula2 masuk kelas group lain agak janggal la jugak. Biasalah kan, environment baru. Dah terbiasa dengan zon selesa selama ni. Kemana kita pergi mesti ada member rapat yang kita kenal utk bergantung. Walaupun, ada jugak kata-kata perlian terkeluar drpd mulut2 kawan. Aku tahu mungkin mereka bergurau sahaja. Tapi, setiap perkara yang berlaku dalam dunia mesti ada sebabnya. Mungkin ade hikmah tanpa kita sedari? :)

Soooo here it is. My new schedule for my new sem. hewhewhew

banyak masa free kan dalam jadual ni. untung kannn? hehehe i know i know~

Walaupun free ia still agak mencabar aku sebenarnye. Samada aku bijak uruskan masa atau tak. Kalau tak, abislah ranap sem aku kali ni. heh.

sepanjang sem ni, saya doakan untuk diri saya,rakan-rakan sepejuangan dan para pensyarah yang baik budiman dipermudahkan segala urusan dan berjaya untuk sem ni. Sekian.

p/s: Sebenar sudah kebuntuan idea. sebab itulah ayat mcm tunggang langgang. heh abaikan -_-


walaupun kita sesibuk macam mana pun, harap kita masih dapat berkumpul seperti ini. Rindu.
:)

Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426