Life degree ended

Bismillah Assalamualaikum...wuhuu~

Tanggal 14 Oct lepas, majlis yang ternanti2 oleh setiap graduan dah pun tiba. Semua orang rasa eksited dan ada juga sebaliknya. Yang sebaliknya mungkin ada setengah orang, mereka tak dapat nak raikan hari gembira mereka bersama insan tersayang atau sebagainya dan yang setengah orang eksitednya pula mereka dapat jumpa sahabat2 lama yang tak jemu2 ade bersama dengan dorang waktu belajar dulu tak kira waktu senang dan susah, gembira dan sunyi, bergaduh dan berbaik semula. Benar kata seorang pensyarah aku ni, perasaan belajar waktu degree bersama dengan teman2 sangat berbeza. Kenangan bersama teman tu terlalu mahal nilainya. Especially, bila mula berkenalan sejak zaman diploma lagi..

Waktu konvo diploma dulu, boleh dikatakan meriah dengan meraikan bersama teman-teman yang lain berbanding dengan konvo degree kali ini. Banyak spend time dgn kengkawan. Konvo kali ini mgkin ade kekangan, aku banyak spend time dengan family berbanding dgn teman-teman yang lain.. Mak ada juga tertanya-tanya mana kawan2 yang lain, end up aku jawab tak tahu..tak tahu lah kenapa perasaan aku lebih ke arah family berbanding dengan teman-teman yang lain. Sedangkan masa itu jelah waktu yang sesuai untuk aku berjumpa dengan mereka lagi. Atau...sebenarnya aku belum cukup kuat untuk hadapi kenyataan setiap pertemuan itu ada perpisahan? Haha dasar loser. Dah umur 24 tahun pon perangai mcm budak kecik yang kena tinggal kat taska bila mak ayah nak pergi kerja. Mcm tu lah perasaan aku kot..bergambar dgn teman2 konvo kali ini pon tak banyak. Hanya certain orang yg terserempak dengan aku masa tu and dorang yg mengajak bergambar bersama *sebenarnya kite malu nk bergambar sebab muka tgh buruk masa tu :( Takat tumpang happy je laa tengok teman-teman dapat bergambar bersama...dan lagi satu sbb aku kurang bergambar, kalau menatap gambar buat aku lagi rindu. Ya, rindu tu sakit tahu tak?! *penatlah asyik sakit rindu orang je Jadi bila aku takde dalam gambar dgn teman2 mungkin potensi aku nak menatap gambar pon berkurang. Agak selective juga aku skrg ni. Bergambar pon dgn insan terpilih je..unless ade org request aku ok je..

Dan aku akui juga, aku rindu kenangan gila-gila dengan teman2 dulu. Tapi bila berjumpa sekarang ni  dah menganjak umur dewasa ni banyak dah perubahan dah berlaku atas diri memasing (termasuk aku). Lagi terasa bila dah jadi postgraduate. Sangat lah terasa lain dia. Rasa nak nangis hari-hari je tapi sampai bila nak macam tu je kan. Dulu, ada teman tadah telinga dengan bebelan dan luahan perasaan bila dah down. Sekarang ni, teman2 yang lain pon sibuk dengan kerjaya memasing dan kalau bercerita pon mereka mungkin tak memahami apa kita lalui sekarang ni. Jujurnya, sunyi perjalanan sbg postgraduate ni tapi aku kena tempuh walaupun selalu tersungkur..Time konvo lagi lah jelas terasa perasaan itu bila teman datang dgn pasangan memasing. Lagi teman yang dikurniakan pasangan yang sama-sama berjaya. Tahu, mereka sama-sama berjaya sbb mereka sama-sama rasa susah dulu. Yang pastinya, setiap kejayaan datang drpd kesusahan. Well..rasa cemburu juga sebenarnya. Kita pon nak juga macam tu :( tapi takpe..kite keep going je..hehehe hanya berdoa jelah next konvo ada pasangan yang sudi hulur tangan kat kita..hiks. 

#Ok la cukup cerita kosong utk harini. Menulis untuk mengisi waktu untuk menulis yang lain..Adios


                           
 

                                      

           



Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426