Tolong jangan kacau saya...

Bismillah...

maaf..
hormatilah keputusan saya ini wahai Adam..
selagi hati ini masih belum di buka untuk mencintai, selagi itu lah saya tetap dengan pendirian saya bahawa saya tetap setia menunggu  si kekasih yang hanya di hantar oleh tuhan yang Maha Mengetahui..
yang sudi bersama saya hingga ke akhir hayat saya, membimbing saya ke jalan yang lurus dan juga sudi menerima diriku yang serba kekurangan dan kelebihan yang ada padaku...
Untuk sementara waktu ini, biarlah saya mencari identiti saya sebenar, saya ingin memcapai matlamat hidup saya , saya nak menjadi seorang wanita berkerjaya serta berusaha menjadi wanita yang baik akhlaknya. 

maaf..
jika saya buat tak endah kepadamu wahai Adam..
ini semua kerana saya tak mahu mempermainkan perasaanmu..
saya tahu saya belum bersedia untuk menerima sekeping hati yang sudi memberi kepadaku..
 sedangkan hati ini masih lalai daripada mencintaiNya, inikan pula hati  ini untuk menerima sekeping lagi hati orang lain..
lagipun, saya  tahu hati ini tak terjaga inikan pula saya perlu jaga hati orang lain..

walauapapun,
biar lah takdir yang menentukan kita..
biar lah aku menjaga hatiku ini..
saya tak mahu lagi hati ini sedih dan kecewa lagi..,
ia sungguh menyakitkan...

saya percaya..
suatu hari nanti, saya akan temui juga seorang lelaki yang terbaik buat diri ini yang dipilih olehNya..
hati saya ini hanyalah untuk dia sahaja..
saya tetap akan memelihara hati ini hanya UNTUK DIA buat selama-lamanya...



Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426