Tanya dan jawab.

Saya bertanya....

 Baru-baru ni, naqibah saya suruh saya jadi naqibah untuk adik2 yang baru masuk U. Byk kli jgak dia pujuk sy. Tapi saya dpt rasakan sy masih xcukup ilmu n takut tak mampu nk jadi naqibah yg baik utk adik2. Plus, sy nie perangai agak "gila-gila" jgak. apa saya perlu buat ye?


Dan dia menjawab...


Dengan sukacitanya, saya ingin memetik kata-kata Imam Hasan Al-Banna,
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan."
Saya tahu, ini sangat cliche,
tapi kata-kata seorang yang bermandikan al-Haqq,
akan sentiasa hidup sepanjang zaman dengan izinNya.
:)
Oh ya, perangai gila-gila merupakan satu aset yang hebat.
Saya kenal ramai ikhwah yang gila-gila,
dan DF dia melampau-lampau hebat, mashaAllah!

p/s : terpikir-pikir mcm mna perangai "gila-gila" mampu menyumbangkan untuk ummah? 

Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426