Tanya dan jawab

Saya bertanya....


boleh kongsi tips/pengalaman sebelum memulakan sesuatu perniagaan lagi2 dalam usia yang muda dan masih study? :)


dan dia menjawab...

Allahuakhbar, besarnya soalan. Erm, boleh saya kongsikan sebuah cerita lama dari sepupu saya sendiri ? Saya punyai sepupu yang berjiwa peniaga, walau dari zaman kecilnya lagi. Pernah waktu kecil dia menjual mancis. Sekotak dibeli 5sen ( harga waktu dahulu ) dan dijual 10 sen. Bila dia dapat jual, maka dapatlah 10sen iaitu 5 sen modal + 5 sen untung kan ? Maka, dengan 10sen itu jugalah dia beli dua kotak mancis pula. Dari situlah wangnya bercambah.

#Pengajaran : Biar modal kecil serta usaha kecil pada permulaan asal minat itu ada. Paling penting, kosistensi atau istiqamah, perkara inilah yang perlu dijaga baik sekali. Bila istiqamah, setahun, dua, 10 tahun sekalipun, apa kerja dilakukan insyaAllah berhasil. Macam Abdul Rahman bin Auf, untung jual unta hanya satu dinar, iaitu harga tali pengikat unta. Namun, dengan satu dinar sahaja, dia mampu jadi seorang uang beriman yang kaya walau untungnya kecil sahaja hanya kerana istiqamah dalam pekerjaan. Selamat beramal, moga Allah redha. :)


p/s : nak buat sesuatu rancangan perlulah ada syura dan penilaian. Yosh!
Ya Allah mudahkanlah dan tunjukkan daku jalan yang benar lagi jelas. Ameen :)






Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426