Bengang!

Bismillahirahmanirahim..

Allahurabbi..sampai bila aku nak marahkan diri sendiri. Asyik tak puas hati je. Tak reti nak bersyukur! Keputusan untuk diri sendiri pon tak tahu nak buat. Sampai bila nak harapkan orang lain tentukan? Umur diri sendiri pon makin lama makin meningkat tapi kematangan akal fikiran masih kontot lagi.

Allah...Kau tahukan apa yang aku inginkan? daripada dulu lagi since zaman sekolah rendah lagi aku teringin nak ke sana. Masa zaman tu, tengok kiri kanan tanya kawan2, bila tengok balik biodata kawan-kawan, mostly impian masing2 nak sambung ke menara gading. Bila aku tanya menara gading apa dorang nak? dorang sendiri pon tak tahu. Masa itu, perkataan menara gading pun aku tak biasa lagi. Apa yang terlintas dalam benak fikiran hanyalah "menara yang ada gading gajah".  Bila aku sendiri tanya cikgu BM, Pn Herlina (hee tak sangka ingat lagi nama cikgu baik hati tu) dia kata menara gading itu sama macam universiti. So, masa itu juga baru aku sedar. Kemudian, aku tanam azam betul-betul nak sambung study kat UTM. Masa tu aku dah target apa yang aku perlu capai untuk ke sana. Sikit demi sikit aku capai walau tak sepandai n sebijak orang lain.


Hmm..rata-rata tanya dgn aku kenapa nak sangat utm? ada apa dgn utm? bla bla bla..dannnn aku sendiri pon tak berapa pasti kenapa tapi dari jauh sudut hati aku ni begitu teringin sangat. Keinginan itu tak tahu nak describe macam mana. Maybe, itu adalah "aim" aku yang masih tak kesampaian lagi kot since dari kecik lagi. Itulah orang kata, hati kita tak kan tenang selagi hajat dalam hati tak kesampaian. Tapi, sebagai seorang Islam, kita kena percaya rezeki tuhan. Takkan aku lupakan semua tu. Tidak sama sekali. Kekadang aku rasa lemas dengan perasaan diri sendiri yang dipanggil satu perasaan takut dalam bayangan diri sendiri. Takut menyesal dan kecewa dikemudian hari. Lagi-lagi jiwa muda aku ni. Ada jugak terlintas, kekadang Allah tak beri apa yang kita inginkan tapi Dia akan beri apa yang kita perlukan. Itu je lah pengubat hati bila hati mula lara. Buat masa ini, aku serahkan segala urusan kepada Allah.




Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426