Hanya sekadar mainan perasaan.

Bismillahirahmanirahim..

*tariknafasturunnafas* 3X
fuhhh aku tak sure helaan nafas itu sbg tanda kelegaan atau satu keluhan berat.
Rasanya keluhan berat kot. Sebab aku rasa hati aku tak tenang sekarang ni. Mungkin ada silap salah aku dengan someone. That someone mungkin aku paling rapat dan sekarang...dia semakin menjauh dan jauhhhh. Adakalanya, aku  dapat rasakan kau dah lain. Atau...diri aku sekarang ni dah lain. Bila nak bercakap maupun bersemuka dengan kau,  aku dapat rasakan kejanggalan antara kita. Dah lama aku perhatikan secara diam. Dah lama aku baca tindak tanduknya. Riaksi kau pon aku dpt rasa kau berpura-pura. Dan gerak hati ini berkata hubungan ini ada 'masalah'. Aku buntu apa punca sebenar masalah ini. Aku mula dapat rasakan kelainan semenjak kita bekerja dalam satu kumpulan dulu. Dan kau kebanyakkan mendiamkan diri bila bersama dengan aku. Aku tak tahu nak bicara pasal apa jika kau diam. Tetapi yang hairannya, dengan kawan-kawan lain kau boleh petah berbicara dan bergurau senda. Sejujurnya, aku tak amik hati pon jika kau tak mahu berkongsi suka duka kau dengan aku. Aku faham dan aku pun tak kan paksa kau. Sebab aku pun lebih kurang sama susah nak luahkan perasaan apa yang terpendam dalam hati. Dan, aku sedar mungkin cara aku berkawan salah. Mungkin aku takde bile kau amat perlukan aku. Mungkin aku tak banyak menolong berbanding kau. Dan obviously,  aku bukan pendengar setia dan tak pandai memberi nasihat. 

Dulu...kau pernah berkata dengan aku..
aku ni tiada perasaan orangnye.
 aku ni tak pandai berdikari orangnye.
aku ini lembap orangnye.
takpe..luahkan je la kata-kata kau yg boleh buat kau puas hati ke atas aku. Aku lebih suka kau jujur drpd kau berpura-pura semata nak amik hati aku.
Aku dah lali. Aku dah terbiasa semua itu. Bukan kau sorang yang berkata begitu. Ramai lagi yang berkata begitu. Bila dah lali dan terbiasa itu yang buat aku rasa 'kosong'.
'kosong' dengan sedaya upaya tak nak amik hati. Tak nak lukakan hati orang lain.
Adakalanya, aku pernah terminta dengan Tuhan supaya aku jadi manusia yang takde perasaan. Istighfar byk2 aku dibuatnya. Tiap2 hari mohon tolong kebalkan hati ini. Kebalkan daripada termakan hati. Biarlah aku tiada perasaan orangnye daripada aku jadi seorang berhati busuk. 



Dan aku sedar aku banyak kekurangan daripada kau.
Iri hati? sejujurnya aku tak layak untuk iri hati dengan kau. Jauh sekali tak layak. 
Aku tahu kita sama-sama pernah sekolah agama dahulu. Ustaz dan ustazah kita penat lelah ajar kita tentang adab-adab sesama manusia. Aku harap kau ingat pesanan semua itu. Cukuplah hati kite berpegang teguh dgn Al-quran dan As-sunah.

Yang penting, aku nak kau tahu aku sayang kau keranaNya. Mungkin aku belum layak lagi menjadi kawan baik kau. Dan title 'kawan baik' pon aku rasa aku tak patut lagi terima. Sebab banyak kali jugak aku biarkan kau terjerumus dalam maksiat. Jarang sekali aku ingatkan kau hal akhirat. Sebolehnye, biarlah title 'kawan baik' tu bila tiba masanya kita sama-sama berpimpin tangan menuju ke syurgaNya. Itulah sepatutnye yang perlu kita idamkan. Biarlah kita berkawan atas redhaNya. Aku mohon maaf andai aku tak pandai berkawan dengan kau.   

p/s : kau, ingatkah pesanan aku dulu,  jangan pendam perasaan 'kotor' dalam hati. Kemungkinan ia penyebab hati kita tak bersih. Dan paling teruk sekali, ia boleh menjadi satu dendam. Luahkan apa yang kau rasa tak puas hati. 


Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426