Pagi yang hening.

Bismillahirahmanirahim..

Pagi yang hening atau pagi yang suram?
ehh bukan ke kedua-dua itu perkara yang sama?
hurmmm..
Sama tapi tak serupa? ehh lagi..
Fuhhhh...dah masuk pukul 4.00 pagi ngupernye..

Alhamdulillah, selesai jugak menyiapkan report Struktur Bahan dengan bergayanye..wehuu! padahal just buat part calculation and analysis ja
Ntah kenapa dari petang lagi sampai ke malam masih tak temu2 lagi jawapan yang dikehendaki. 
Macam biasa, tengah-tengah malam baru dapat ilham dan idea yang membuak-buak. Saat ini je neuron-neuron dalam otak ni baru nak berfungsi dengan lebih efisien. Tertanya jgak knapa lambat sangat dapat ilham. Hati aku ni tak bersih ke? Bila dipikirkan balik, sesungguhnya petunjuk itu datang dari Allah. Dia sahaja yang berhak mengetahuinya. Mungkin dengan cara ini boleh dianggap Qiam di tengah malam. Yalaa lepas tido pastu bangun alih-alih buka buku. Bertungkus lumus selsaikan masalah jurutera kononnye. Moga Allah redha. Moga Allah bantu aku walau aku cuba sesuatu dengan susahnya. Cuba niat belajar kerana redha Nya.  Cuba bersangka baik dengan Allah. Yaa CUBA. Adakalanya hati manusia ini berubah-ubah. aku khuatir mungkin aku tak mampu lakukannye tetapi sekurang-kurangnye aku ada usaha untuk itu. Walauapapon, aku tetap kena ikut fitrah yang Dia telah ciptakan. waktu malam untuk berehat waktu siang waktu untuk bekerja. Aku faham yang itu. Aku kena tahu jugak limit aku sebagai seorang manusia yang lemah. Jika aku lemah siapa yang nak tolong diri sendiri. Jika aku lemah siapa nak tolong bela nasib keluarga aku pada masa akan datang. Jika aku lemah jugak bagaimana aku nak tolong rakan-rakan dan orang sekeliling aku. Hidup ini sebenarnye tiada waktu rehat yang hakiki melainkan di syurga di sana. Disitu waktu rehat kita yang sebenar benar benarnye. Jadi tiada alasan untuk kita berputus asa atas nikmat yang diberiNya.


Ouh ye, lupa nak berkongsi sesuatu. Selepas siapkan calculation semua itu, aku rajinkan diri utk blog walking. Antara blog yang menarik perhatian aku ialah yang INI. Antara kata-kata manis dari dia ialah "Allah tak ciptakan ujian untuk kita mengalah. Allah ciptakan ujian untuk kita hadapi. Buktikan yang kita tak lemah. Yang lemah itu nafsu, yang kuat itu iman. Latih iman jadi kental, barulah boleh jadi panglima perang!"




sekian. Adios. Wasalam :)


Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426