Jam 0321.

Bismillahirahmanirahim..



Hurmmmmm...
Sebelum-belum ni banyak benda nak luahkan tapi acapkali tiada kesempatan masa dan idea.
Pada waktu ni jgak, kebetulan tak dapat tido sedangkan manusia lain leka dibuai alam mimpi yang donggeng semata dapatlah jugak luahkannnnn.

Sebenarnye, aku memang sengaja bangun tengah malam untuk mengulang kaji subjek2 yang aku dah banyak kali missed.*cehhh bajet jadi pelajar cemerlang. itu semua poyo hahaha* .Bukan sebab ponteng dengan rela hati tetapi terpaksa. Hahaha kelakar la pulak bila ada orang ponteng sebab terpaksa. Aku ponteng pon sebab aku ada 'date' dengan doktor and tambahan pula baru-baru ni abah aku sakit. Dia baru selamat menjalani pembedahan di HSA pada Khamis lalu. Kekadang tengah-tengah malam abah akan kesakitan. Syukurlah masa tu aku ada di rumah dan tambah syukur lagi sekarang ni aku dah boleh drive. Maka pecutlah aku selaju mungkin hantar abah ke klinik tengah2 malam. Dapatlah jugak tolong mak abah yg tak seberapa ni. Terperasan la jgak sekarang ni dia mula solat duduk. Anak siapa yang tak sebak bila tengok parentsnye dalam kesusahan begitu. Memang rasa berat hati nak balik U. Berbelah bagi jugak time tu samada nak pilih kuliah dan keluarga. Akhirnye, aku lupakan seketika mengenai hal dunia U. Dan fokus pada mak abah je. Mujurlah, ada sahabat yang baik hati tolong bagitau tentang assignment, kuiz and everything. Terima Kasih sahabat :) Doa aku untuk kau moga Allah tolong kau sentiasa. Pertolongan kau dah buat aku lega sedikit sebenarnye. Agak terkilan jgak sebenarnya jadi orang ketinggalan ke belakang ni. Tapi takpe, ketinggalan ke belakang tak semestinye tak boleh kejar balik. Ingat lagi tak kisah cite tauladan time tadika dulu2? Time aku kecik2 dulu memang paling suka Kisah si kura-kura dan si arnab. Sudah sedia maklum tahu, Si arnah terlebih dahulu ke hadapan berbanding si kura-kura. Tetapi disebabkan si arnab berlagak dan sombong lalu dia pandang remeh terhadap kebolehan si kura-kura itu. Mungkin dia terlupa walaupun si kura-kura ni lambat namun ada satu semangat yang buat dia menang pada akhirnye iaitu dia tidak mudah berputus asa. Tahu tak sikap berputus asa ini paling senang nak buat dalam dunia ini selain tinggalkan solat? Dan nak pastikan maintain sikap tidak mengalah ni pon bukannye senang macam makan kacang. Ia memang memerlukan kesabaran dan ikhtiar. Siapa sangka dari cite budak kecik akhirnye dapat diaplikasi pengajarannye bila meningkat dewasa. Nak tahu cite lagi detail kisah ini better tanye dengan budak2 tadika. Kalau malu pergi cari buku2 tauladan di kedai buku. Banyak lagi buku2 yang baik untuk dibaca selain membaca hal politik kotor, rumahtangga orang, gosip, dan mangga. Ehhh

Sekarang ni dengan rasminye aku dah jadi pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam. Hahaha lambat bebeno update pasal ni. Cite ni dah pon basi sbnornye. Semua orang dah pon tahu. Member2 lain semua dah lama hapdet dalam blog memasing. Aku plak dekat sebulan baru nak post pasal ni. Lahaiii -_- k takpe, mungkin takde orang baca pon. huhu..Agak serabut jugak pada awalnye. Yela jadual ntah kemana, subjek yang nak belajar pon ntah kemana. Pulak tu, bila masuk degree memang 100% independent. Dah tak macam time Diploma dulu. Time Dip jadual dorang yg tolong aturkan. Dan waktu sekarang jadual kau buat sendiri. Pandai-pandailah mau hidup ye. 


Jadual kuliah terkini

Seeeeee...biarlah gambar ini berbicara. Sudah try sebaik mungkin arrangekan jadual sendiri. Itu pon akan bergantung kepada perubahan masa dan arahan. Moga perjalanan sem untuk degree ini berjalan dengan lancar. Dan cuba belajar uruskan diri sendiri terlebih dahulu sebelum keinginan untuk uruskan diri orang lain membuak-buak. Ehhh...hahaha 

Sekian. Wasalam :)

Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426