PENAT!



Penat.
Aku penat tak terdaya.
Segala tersirat simpan berbuku-buku dalam hati.
Nak bercerita tapi tak tercerita juga.
Sebab jika bercerita tiada siapa yang faham.
Puas diri ini bermonolog berseorangan dengan Tuhan.

okey, aku dah penat. aku nak luahkan disini.
Faham tak aku penat tanggung semua ni?
Buat sesuatu yang kau tak suka tapi kau terpaksa kena buat jgak dan kau tak boleh lari daripada semua ini.
tahu tak penat tanggung semua itu ?
kau faham tak rasa dia?
Nak tanya kenapa ia selalu terjadi dalam dunia ini? siapalah kita nak mempersoalan KENAPA dan mempertikaikan kuasa Dia.
mudah-mudahan segalan kepenatan itu dibalas dgn redhaNya. *ayat penyedap hati paling sedap dlm dunia*

Bila aku mula bercerita..
orang kata aku merungut
orang kata aku tak reti bersyukur
orang kata aku useless
orang kata aku tak matang.
Jauh sekali aku nak buat semua itu
aku cuma teringin nak kurangkan beban yg penat dipikul dalam hati. 
Adakalanya jugak, aku tak reti nak luahkan dgn kata-kata.
Kekadang ade sedikit terkilan bila orang cakap mcm tu.

Andai kau pernah alami bila dianggap begitu sedangkan pada masa itu kau benar-benar perlukan sepasang telinga dan sekeping hati untuk difahami, kau tak akan berkata begitu. Tak akan. Sebab kau akan faham rasanya mcm mana.
Bila kau buat mcm tu dgn org itu, kemungkinan kau boleh jadi asbab dia terbantut untuk bercerita dan masalah dia semakin parah.
Sedangkan dalam hidup ini tiada istilah nafsi-nafsi (Sorang-sorang). 

Bila ada orang datang berjumpa dengan aku, mengadu masalah dan keluhan dia..
aku cuba dengar, cuba fahami, cuba bantu dia. 
Kalau ya pon tak mampu bantu, buat 2 perkara. Dengar dan faham.
kalau tak mampu buat 2 perkara jugak. Buat 1 pon jadilah. Dengar sahaja.
bukan nak minta dipuji. Juah sekali terniat sebegitu.
Cuma aku berharap ada orang akan buat perkara yang sama untuk aku.
Bukan terus tembak dgn kutukan walau pada zahirnye aku nampak tak kisah. Hati kering. Dan belagak macam kanak-kanak riang ala2 naive gitu.


Rahmat Allah itu luas. Anytime kita boleh cipta pahala dgn mudah. Islam kita mudah tapi tak semestinya boleh dianggap mudah. Dalam hidup ini bukan setakat solat 5 waktu, menuntut ilmu, hormat ibubapa dan guru sje. Banyak lagi perkara dalam dunia ini kita dituntut. Perkara-pekara yang kecil selalu dipandang mudah. Kaji dahulu apa tujuan hidup kita sebenar selain menjadi khalifah dan hamba kepada PenciptaNya. 


p/s : Esok saya ada ujian. Sem kali ini agak mencabar dan agak boleh megugatkan keimanan dan kesabaran. Mohon doakan kebaikan untuk saya. Mudah-mudahan Allah sentiasa ada bersamamu.




Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426