Cuti kite!

Bismillah..

Assalamualaikum wbt..

Helloooo...looo .....loooo...ooo *gema dalam gua*
hahaha..agak2 ade orang lagi ke nak baca blog aku ni. Agak ade lagi ke nak dengar coloteh aku ni. Eh bukan dengar tapi memahami....haaa..sebelum ni ade je nk post..byk jugak nk cite...tp semenjak cuti ni kawan2 tempat utk kongsi cite dah jauh..so kat sini jgak la aku mencari utk bergosip..hehehe

****

Well, cuti semester 2 tahun 3 sudah pon bermula dan dah hampir seminggu aku duduk dalam rumah dengan sepuasnye walhal ade sikit la menganggu ketenteraman jiwa dan akal. Sebelum ni, stiap kali cuti semester aku akan kerja part time saja nak tmbh pengalaman and at the same time just nak rasa duit sendiri dgn hasil usaha sendiri. Mungkin cara mcm ni aku lebih suka buat kot. Rasa dia lain mcm bilamana segala usaha kita penat lelah kita sendiri yg rasa hasilnya.

So apa plan cuti ni??
1) First time, aku xpikir nak cari keje part time sebelum cuti sem. hahaha..mungkin sebab sebelum ni aku dah rasa penat cari keje then cuti ni aku nak rehat sepuas2nye. Hakikatnye , baru semalam je aku nampak iklan perlukan pekerja part time hanya bekerja 10 HARI shj. Hati meronta ronta kot nak amik job tu..tapi dalam 10 hari tu byk pulak bertindih dgn plan aku yang lain..

2) Mungkin duduk rumah shj kot. Tengok tv. Bila tergerak hati pergi dapur on dapur gas dan masak apa yang ada. Sebenarnya target cuti ni, aku nak belajar masak sarapan shj. haahaha..Tapi tak brapa nak jadi jugak target tu. Tak konsisten since kekadang aku terlajak tidur smpai pkol 9 lebih lepas subuh. kahkahkah.. Pernah sekali mak aku cakap mcm ni "Awal sangat bangun pkol 9, tak cukup rehat tu. Pergilah tido. Pukul 12 nanti mak kejut" Tak tahulah mak perli ke offer btol2..hahaha..Cuba jgak bangun pkol 12 tp tak bole jgak..nanti sakit kepala bak ang..Haa kepada bakal suami, kau bernasib baik dpt bakal isteri kau ni yg susah nak tido sampai pkol 12. bhahahaha

3) Baru nak start nikmati cuti, group BFF dah pompangpompang awal pagi dah bising pasal pendaftaran LI la, pasal dftar subjek la itu la ini la apa2 laaa...Haa agak kacau la jiwa seketika. Lepas tu buat dono balik. Bila dah tenang baru bole pikir nak setelkan slow2. Dan akhirnya aku dah setelkan semuanya. Tempat LI pon dah tahu tempatnya cuma tunggu confirmation dari syarikat LI. Mujur ada member nak join sekali satu company dgn aku. Ada la jgak peneman suka dan duka nanti. ecewah..hahaha..itu belum masuk lagi nk pikir result exam sem lepas...pfftttt

4) Duta jauhar, Haa itu pon kene pikir jgak and kena siapkan sebelum naik cuti. Dan nak kongress dah pun. Pihak ypj pon dah keluar makluman yang MB tetiba nak buat kongress kat UTHM. So nasib baik ade kolibrasi dgn Mahajj uthm utk siapkan segala persiapan kongress and at the same time persiapkan karnival aktiviti mahajj. Dan team DJ just focus on Viva presentation depan MB nnti. pfft..Haritu Pre-presentation dpn ypj dan Dr. Akbal pon dah nk jatuh kepala lutut ni kan pula depan MB. Hmmm mampukah aku buat semua tu?

5) Last but not least, niat utama aku pon just nak spend time dgn mak abah. Since mak abah pon dah agak goyah tapi hubungan anak dan ibu, anak dan bapa still takkan goyah. Apa yang terjadi antara mak abah ni pun banyak bagi pengajaran kat aku sbnarnye. Walaupun kita tak suka apa yang dah terjadi kt diri kita, tapi bila kite pikir dgn waras hikmah Dia sangat besar sebnarnye. Dari situ, aku nampak ilmu dan amalan dalam kehidupan Islam itu penting dalam melayari bahtera. Bukan setakat didikan terhadap anak shj, tetapi hubungan suami isteri pon sama. Mungkin orang lain takkan faham apa yg aku alami. Melainkan orang tu sendiri yang merasa apa aku alami tu. Itu pon kalau ada orang sanggup la. :)


Kelmarin, bawak abah gi makan KFC since dia kata kat aku dia mengidam nk mkn ayam goreng kepci. Then bawak la dia pegi makan sama2. dekat 5 ketul ayam jgak abah kasi licin..hahaha..rasa puas dpt belanja abah makan..Lepas makan kiteorang balik la rumah. Masa aku tengah drive, adik aku mengusik aku. Mcm biasa2 adegen gaduh2 manja mesti ada. Then abah tetiba bersuara "Korang berdua cepatlah kawen. Lega hati abah bila korang dah kawen." Nak cover malu, aku berseloroh shj "Nak kawen dgn sapa je bah.." dan abah terus ckp "Abah dh cari calon tak mahu. Imam plak tu". Kelatnye Tuhan shj tahu nak hadamkan ayat abah tu...diam...diamm...dan diam suasana dalam kete...hahahaha...memasing terkedu kot. Gaya abah mcm berharap tapi ntah tetiba..abah ckap tak kisahlah korang nak kawen dgn sesapa selagi dia beriman jaga solat bla bla bla...hahahaha


*sampai sini jelah citenye..esok kalau rajin kite gosip lagi. Goodnite! :)


Owh ye, tadi tengok cite hindustan. Pelakon dia Preity Zinta. Omaigaddd...lepas tukar chanel drama melayu ntah hape2..tetibe muncul muka dia..Dan aku baru perasan dia ada lesung pipit kat pipi ade satu je...sumpah lawa gile dia ni..adore tetibe kat dia..sebab utamanya ialah dia ada SATU je lesung pipit kt pipi macam aku! haahaha...kbai!

Image result for preity zinta movies

Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426