30 July 2012

Dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat :)

Alhamdulillah tepat pukul 1.10 am aku still boleh teruskan study aku mekanik bahan  yang diajar cukup dedikasi oleh En Jahaya :)
Subjek nie sgt best actually tapi kena more working hard klau nak lebih faham lagi..klau tidak habis lah jauh ketinggalan...ish3
alang-alang tu aku saje updatekan blogku yg sudah bersawang mcm ape ntah..
lama gila xupdate disebabkan ada alasan2 tertentu..hehehe

2 hari lepas asramaku syurgaku terputus elektrik disebabkan maintenance kat U nie..
so nak dijadikan cerita 2 hari berturut-turut handset aku mati tak bernyawa disebabkan kehabisan tenaga bateri..
malangnya, charger aku plak tertinggal di rumah so mmg tak lah klau nak hidupkan handset tu..member-member aku plak masing-masing setia guna fon nokia and galaxy samsung..pufftt..=,=' 
jenuh jgak aku ketuk setiap pintu bilik member2 aku semata-mata mintak charger..in the end dapat jgak jumpa...xsia-sia usahaku rajin bertanya,,hahaha =,='

bila aku dapat beri "nyawa" handset aku tu terus dapat macam-macam message and missed call aku terima...yang paling banyak sekali mak abah punya number fon...cuak jgak apa pasal dpt byk sgt missed call daripada mereka tu...
then aku terus call mak abah..perghh!!! memang panjang lebar dengar abah berleter...bila abah dh puas berleter turn mak plak membebel...panas jgak handset aku disebabkan gelombang bunyi( sound wave ) dari mereka...salah aku jgak biarkan handset aku mati berhari-hari..rupa-rupanya mereka nie rindu aku jgak..serba salah and terasa dosanya aku buat mereka susah hati keranaku..seriously aku betul-betul terharu time tu...

then nak kasi sejuk hati mereka nie..aku khabarkan lah berita baik kat diorang tu..
aku bagitau kat mereka yang aku dapat menerima anugerah dekan tak lama lagi...lega teramat bila aku dengar gelak tawa mereka ^_^
mak siap bagitahu and nasihatkan ku supaya anugerah itu sebagai pembakar semangat ku disini...terima kasih mak abah kerana doakan ikin disini sentiasa =D

semalam ada terbaca tafsir al-quran..FirmanNya :

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu, padahal kamu mengetahui."
Surah Anfal, ayat: 27 

tersentap jugak bila aku ulang banyak kali baca ayat nie...
banyak lagi amanah-amanah aku tak jalankan dengan baik sebelum nie...T_T

sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh berkah ini satu ku pohon terimalah taubatku, amalanku, dan doaku ini Ya Allah :')

Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

Malam Bulan Dipagar Bintang~~~