Luahan biasa sje part 1

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum wbt..

Jam laptop aku skrg 12.02AM. Selalunya, jarang sekali aku tido lambat. Dalam pukul 11 dh mula menguap siap2 nk masuk tidur. Tapi malam ni lain plak jadinya. Sebab ape? ini kerana sejak kebelakangan ni byk benda mengganggu pemikiran aku. Bukan nak sangat aku nk pikir byk benda. Sebab aku tahu ending nye aku akan lupa and lost.

PERTAMA:
Manusia : Satu persatu kejadian berlaku ke atas aku. Adakalanye aku rasa mcm nak give up jgak hidup ni. Tapi walauapapun apa yg trjadi, main "suis" dlm minda dan rohani kena betulkan peranan semula. Nak give up skrg rasa mcm sia-sia je hidup aku 21 tahun 11 bulan selama ni. So nak elak rasa mcm tu aku kne perbetulkan balik "main suis" tu. Sape lagi yg bole tolong kalau bukan diri kita sendiri. Yang tahu masalah kita, yang rasa sakit ke gembira ke diri kita jgak tahu. Nak bercerita or kongsi bole je tapi kena yakinlah orang tu sangat memahami dan kenal kita. Nak tahu dia kenal kita macam mana? Kau tunjuk diri kau bila kau rasa nak merungut ke nak nangis ke nak ketawa terbahak2 ke nak jadi gila2 or kebudak-budakan ke hape dihadapan dia. Tengok cara dia layan n terima kau mcm mana. Kalau kau rasa kau bole terima layanan dia ke atas kau sebegitu pnye perangai then kau paham2 la for the next steps. Andai kata kau still dapat rasa yang dia tu bagi layanan "kureng" waktu kau sebegitu so behave urself je la. Itu pada pandangan aku la bila aku mula serasi dgn seseorang tu. To be honest, aku boleh je brkawan dgn sesape tapi nak get into that someone it is really take alonggg time. Bukan senang aku nk terima orang sbnornye. Kebarangkalian sifat "segan dan malu" tu amik masa lagi nak hilang. INGAT! aku cuma tak bape malu dgn org betul2 dh serasi je. Dan mungkin juga dalam tempoh 3 tahun tu aku dikeliling ramai kawan tapi yg benar-benar aku rapat aku berani jamin hanya 2 3 orang shj aku still keep in touch. Bukan aku jenis lupa kawan cuma...aku tak reti nak mulakan mcm mana nak ciptakan "kemesraan" yg prnh ada dulu. Paham x? Contoh satu situasi lah, aku berkawan dgn sesape since zaman sekolah. Tak kiralah satu kelas ke satu asrama ke and aku tahu bila dah abis zaman tu, the "awkward moment" mesti wujud. Aku sendiri pon tak tahu camne benda tu boleh wujud. Pada zaman tu kami bole je bergelak tawa, lepak sama2, buat jahat ke baik sesama tapi bila "zaman" tu dh tamat memasing akan rasa "awkward". Sedia upaya aku nak elak tapi benda tu still xbole elak. Mungkin perubahan masa byk ubah diri kita maupun pemikiran dan pergaulan. Aku rasa bukan aku sorang je rasa mcm tu atau tak pun aku SORANG je rasa mcm tu. Unik  pelik sgt kah aku?

KEDUA
Imbas kebelakang : Baru-baru ni aku ade menonton satu movie hindustan. hahaha..well waktu cuti mmg waktu layan movie. Mmg aku akan pastikan sebelum abis sem aku dh list cite ape aku nak layan supaya aku tak mati kebosanan. ok tipu je. Cite hindustan ni berkaitan soal perbezaan agama bagi setiap negara, bangsa tak pun ideologi manusia yg dicipta sendiri. Nak tahu lagi detail pasal movie just search kt pak cik google.Ini LINK dia. Tajuk cite dia "PK". haa pikir la sendiri nak jalan cite dia mcm mana. So nak relatekan movie ni and kisah aku adlah cite ni mengingatkan aku pada zaman aku betul-betul jahil. Masa tu, parents aku sibuk cari nafkah utk membesarkan aku. Waktu malam bila free je depa akan ajar aku mengaji alquran. Dan aku masih budak hingusan hanya tahu ikut je. Mereka ada didik aku berkaitan agama tp hanya basic shj. Solat dan baca quran. Itu je aku tahu drpd mereka. Nak tahu lagi detail dorang hntr sekolah agama smpai darjah khas je (johor). Masa tu abah pernah sekali berhasrat nk hntr aku smpai peringkat STAM tp aku menolak. Alasannye aku tak suka belajar bahasa arab dan menhafaz al-quran. Walhal perkra tu aku boleh score. ya score shj nak amalkan tidak. Tahu dan fahan lain tau rasa dia. Dan aku menyesal skrg. Selain itu juga, dalam filem tu jgak ade menceritakan kepelbagaian agama dia temui. Dan dia pening nk pilih agama yg mana SATU. Situasi dia mengingatkan aku waktu dulu.

 Pernah sekali...umur aku dlm lingkungan 10 or 11 tahun. Tak ingat umur bape tapi memang sgt muda masa tu. Tak capai lagi akil baligh masa tu. Apa yang terdetik dalam hati aku time tu. Kenapa kita kena sembah Allah yg satu je? Kenapa tak boleh sembah tuhan yang lain? Kenapa kita tak boleh masuk syurga kalau kita tak sembah tuhan? Kenapa kita tak boleh sembah banyak tuhan utk masuk syurga yang satu?Kenapa wujud neraka kalau Tuhan sayangkan hambaNya? Ya, itu soalan2 yg aku ingat smpai skrg. sebab? kerana soalan tu jugak sedikit demi sedikit Allah tunjuk jawapan dia walaupun lambat. Sedikit demi sedikit tu memakan masa yg agak lama. Ia mgkin tercetus tika umur aku belasan tahun tapi aku dpt jawapan Dia tika aku puluhan tahun. Syukur Alhamdulillah.Bukan nak riak ape yg aku alami selama tu. Cuma kefahaman dan ketahuan dalam agama maksud dia sgt berbeza. Aku tak salahkan mak abah aku andai dorang tak mampu bg jawapan yg tepat waktu aku benar2 ingin tahu. Nak tanye cikgu atau ustazah pada masa tu sgt takut. Takut sebab apa tak tahu lah..Seorang budak kecil yg ingin tahu semua benda dan sering kali banyak tanya kenapa dan bagaiman terjadi amat memerlukan kesabaran dan pengetahuan yang lurus utk mendidik jiwa seorang budak kecik yg lurus. Dan..bohonglah aku tak pikir nasib anak-anak aku suatu hari nanti (andai Tuhan izinkan aku pnjgkan umur aku lagi). Mungkin sikap dorang sama mcm sikap maknye yang dulu2. hahaha..Dan jugak terpikir mampukah aku menjawab setiap soalan yang ditanya oleh anak2 aku sendiri? Takkan aku nak biarkan anak2 aku merasai apa aku rasa suatu ketika dulu? Kita mesti nak sediakan lebih baik utk anak cucu kita.

 Tidak hairan wujudnye kiasan ayatnye berbunyi "orang tua lagi byk makan garam drpd org muda" sebab mereka dah rasa apa yang org muda belum rasa. Pokok pangkalnye, siapa diri kita sekarang adalah siapa generasi kita pada masa akan datang. Kita akan mati tapi kita tak nak mati tanpa tuai ape2. Harini kita tanam baja esok lusa bila tiba waktunye kita tuai dan dapat hasilnya. Ingat, kita ni pon adalah saham untuk mak abah kita. Dan tidak hairan jugak anak2 kita adalah saham kita nanti. Aku tahu...bila aku bebicara soal begini ada certain org akan menganggap aku gatal asyik fikir pasal kawen je. Tetiba teringat statement Dr Arif..haha.. Salah ke pikir pasal kawen? Bagi aku ia adalah sunnah sbb kawen itu adalah sunnah nabi. Yang salahnye pikir kawen dgn penuh nafsu hingga lupa tanggungjawab diri sendiri apatah lagi masa depan yg bagaimana dia inginkan. Dan sebenarnye...bila dh pikir ke arah itu, seseorang itu mesti sudah ada persediaan ke arah itu. Secara tak langsung org tu dh mula fikirkan nasib dia pd masa akan dtg. Maka bermula titik kematangan dalam diri seseorang itu. Tak semua orang tunjuk matang dia sentiasa. Ada orang "kematangan" dia akan hadir pabila dia sedang buat keputusan, waktu dia berbicara atau tindak tanduk dia dalam mengatasi sesuatu masalah. Pernah dengar ayat "Dont think about future, it brings fear"?Ayat tu tak salah pon. Betullah ayat dia tu terlalu banyak sangat pikir bnda yg blum terjadi boleh mengundang ketakutan. Tapi pesan pd diri jangan takut untuk menghadapi liku2 hari esok. Buat persiapan dr awal walau sedikit pon daripada langsung xberganjak.

 "The best preparation for tommorow is doing your best today." 

Ouh ye! bear in ur mind..aku ckp pasal kawen bukan bererti aku dh gatal nak kawen atau kempunan nak ade pasangan bagai semua tu. Bukan bukan bukan.  Soal itu aku tak nak expect dgn sesape yg prnh muncul dlm hidup aku. Terpulang pada Allah mana yg terbaik Dia nak bagi kt aku. Sebab aku sedar adakalanya aku tak rasa diri ini benar-benar layak untuk sesiapa atau sesuatu perkara. Ada lagi nak luahkan tp mata dh mula kluar tanda2 nak tido. Plus, kesian plak kpd si pembaca yg nk baca benda2 meleret ni kan. Eh ada ke org sudi nk membaca??  hahaha. Btw, bukan sengaja nk buka pekung yang dahulu cuma nak belajar drpd kesilapan lalu. Tidak kerana sejarah maka tak wujudnye kisah harini. Tudiaa...
Okey then, kita akan smbung luahan hati ke hati next time ye. Anggap je kita baca disini abis disini saje.

Thanks and have a bless day during Ramadan al kareem :)

Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426