Posts

Satu puisi untuk kau.

Apa Namanya? Sesuatu yang membuat malam-malamku menjadi gelisah tak menentu. Apa namanya? Sesuatu yang membuat dadaku berdetak begitu cepat, saat kau baru saja lewat. Apa namanya? Sesuatu yang begitu membuat hatiku seperti berbunga-bunga, saat kau mengajakku bicara. Apa namanya? Sesuatu yang membuat hatiku sedikit terasa luka saat melihatmu dekat dengan yang lain. Apa namanya? Sesuatu yang aku begitu ingin kau tahu tentang semua alasan mengapa gemuruh ini ada. Apa namanya? Mereka menjawab, ‘Kau sedang jatuh cinta’ **cc puisiituindah. p/s: jiwa ku kosong. Ntah sbb ape teringat dikau. rindu? mungkin. Aku malu nak berjumpa kau. Aku x mampu nak berhadapan dgn kau. Aku x mampu nak berbicara dgn kau. Aku dapat rasa kau dan aku ibarat langit dan bumi. Aku hanya mampu bisikkan nama kau dalam doa aku. Selama lamanya nama kau. Kata kata kau ibarat pembakar semangat aku, kau tahu itu?

Kenapa dengan iman aku nie?

Bismillahirrrahmanirrahim.. Ya Allah, Kuatkan imanku, Kuatkan mentalku, Kuatkan fizikalku saat menghadapi hujan dugaan (xsemesti sedih je tapi bahagia pun ada! ) yang kau berikan padaku. Tambahkan dayaku untuk memikul tanggungjawab aku. Sungguh, aku rasa diriku teramat lemah. Aku malu dengan Mu. Aku malu, Ya Allah, Aku banyak mengeluh. Aku banyak merungut. Aku mudah berprasangka buruk pada setiap ketentuanMu. Baru baru nie aku rasa imanku sangaaaat lemah. Allah! Allah! Allah! aku hendak menangis tapi tak boleh. Mulut ini berat sangat nak berbicara. Adakah hati aku semakin keras? Aku cuba dapatkan impak yang lebih dalam  hatiku saat aku amat memerlukanMu. Aku nak menangis sepuas puasnya. Tapi berat sangat air mata ini nak keluar. Aku nie manusia yang Ego ya Allah. Asyik nak memberontak je. Ya Allah, buat seketika ini, saat aku sedang mengenali dunia sebenar, saat aku baru kenal erti kehidupan sebagai seorang islam yang sebenar, saat aku sedang berusaha memantapkan ilmu yang Ka...
hari demi hari.. tahun berganti tahun.. aku berkira kira sudah pelbagai cara aku nak hapuskan kenangan itu. Wajah kau, bayangan kau, suara kau, derapan kaki kau di waktu kita terserempak tapi tak bertegur, no telefon kau, IC kau , dan segala kau aku ingat, then selepas kata kata kau yang membuat aku tergamam dan terduduk diam membisu pada waktu itu, membuat aku binggung. Binggung seolah olah otak ini sukar utk dihadamkan kata kata kau samada benar atau sekadar mainan. Lambat laun aku terpaksa menerima jugak. dan sekarang tahun 2013. Ku jangka agak setahun lebih hal ini berlaku. Aku sangka dek kerana aku membusykan diri aku dengan pelbagai aktiviti yang tak terlintas akan aku masuk. aku belajar silat, aku aktifkan diri aku dgn outdoorgames, aku bermain sofball, aku ikut mana2 program U tak kira masa, aku sibukkan diri aku study smpai dean list sepanjang sem, aku tarbiyahkan diri aku,  aku rajinkan diri aku hadir kuliah2 agama, aku cari ramai jenis kawan, aku buat itu bu...

Izinkan aku lepas penatku dibahumu.

Image
Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt.. "Ya Allah". Hanya sepatah kata itu shj terucap setelah lepaskan keluhan beratku. Lately nie, Aku mudah sangat mengeluh. Aku mudah menyalahkan itu ini walau hal sekecil pon. Aku rasa diri aku mudah sangat berputus asa. Aku rasa seperti mayat hidup tak berguna je. Aku mudah lemah semangat tak sama seperti dulu. Aku berasa lemas tak berair. Aku tertanya tanya dimanakah diriku sebenarnye? atau aku masih tak kenal diri aku walaupun hidup di bumi ini selama 20 tahun.? hurmmmmm.......rasa nak menangis pun ada. Rasa nak menangis sepuas puasnya. Rindu rasa nak menangis di riba seorang mak dan seorang abah sama aku lakukan dahulu ketika aku masih kecil lagi. Sebolehnya mahu buang sahaja segala keperitan dan kepenatan yang tak tertanggung dalam hati ini. Nak berkongsi dgn manusia tapi tak mahu. Tak reti nak bercerita. Nak kasi ringankan beban dgn sendiri tapi makin membiarkan beban itu bertambah.Aku buntu sebenarnya. Aku berasa s...

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Image
Bismillahrirahmanirrahim... Assalamualaikum wbt... Belajar! belajar! belajar! Menuntut ilmu tanpa mengira erti jemu demi untuk mendapatkan pointer terbaik ataupun hanya krn Lillahitaalah? walauapapun kedua-duanya adalah penting tetapi diantara yang penting yang perlu diutamakan iaitu NIAT. Dengan niat, maka terjadi sesuatu perkerjaan dengan izinNya. Dalam kuliah, kertas ujian telah selamat diterima daripada lecture sendiri. Target dan sangat berharap markah itu adalah Fullmark ! tapi nasib kurang baik...markah sedikit lari apa yang ditargetkan.. Bermacam-macam aku bermonolog sendiri dalam kuliah itu..seakan akan tak boleh menerima hakikat kerna aku yakin pd masa itu sgt confident saat menjawabnya. Namun disebabkan careless berpunca aku sendiri hancur luluh hati ini kerna ia terlalu berharap! Apabila berharap sangat sebab itu kecewa. padan muka kau! Selepas tunaikan Asar, aku cuba mengulangkaji subjek Kejuruteraan Geoteknik sebab malam itu jugak ada test. Nak tak nak kena jgak ...

randomness

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt.. hai akal, dari kemusykilan terjadinya satu persoalan. Satu persoalan yang dituju terus pada diri. Tetapi entah sebab apa persoalan sendri cipta sendri tak tahu nak jawab. Walhal persoalan demi persoalan makin banyak  meninjah ke akal. Hingga akal ini buntu tak tahu nak jawab persoalan itu. Hai diri, yang diketuai oleh akal. yang sedang dikuasai minda. hanya sekadar menjadi penurut sahaja. Jika akal kata tidak maka ia tidak jua, jika ya maka ya jua. Sampai kapan mcm mana pun ia hanya sekadar menurut sahaja. tiada arah tuju. Kosong. dan sunyi. Lelah sebenarnye diri ini menjadi penurut sahaja tetapi ia tetap tak boleh elakkannya. Seakan akan penanda arah angin. Jika angin meniup arah ke barat maka ia turut jua ke tempat yang dituju. Jika angin menuju ke arah timur maka ia akan ke timur jua. Sesekali apabila siap dirancang akan sesuatu, pasti tak tercapai. Kekadang akal dek lemahnya iman didada selalu berkata untuk b...
Bismillahirrahmanirrahim.. Hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian, agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada 'kesukaan', tapi juga selesa dengan 'kesakitan'. Jadi senyumlah, walau suka walau duka. Kerana yang suka itu anugerah dan yang duka itu tarbiyyah dari Illahi buat hambaNya yang dikasihi. . .