Posts

Showing posts from 2014

Pesanan diri utk 2015

Bismillahirahmanirahimm .. Assalamualaikum wbt.. Selamat Datang 2015, Sayonara 2014. Terima kasih setiap kenangan tercipta dari awal hingga ia melabuhkan tirainya semalam. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan ujian yang diberiNya. Sejujurnya, bila kenang balik spjg tahun 2014 tu banyak mengalirkan air mata berbanding melemparkan senyuman. Mungkin bukan diri aku seorang shj merasainya tapi ramai lagi mungkin juga rasa begitu. Aku yakin dan seyakin yakinnya setiap dugaan yang diberiNya mampu dipikul oleh hamba-hambaNya. Walaupun adakalanya, bila kita terlalu sedih sangat hingga kita terdetik nk menyalahkan Dia seolah2 keredhaan itu lenyap terus dalam hati itu. Ahh emosi . Emosi banyak main peranan yg aku harus tempuh spjg aku hidup ini starting aku mula tahu compare yang baik dan buruk dosa dan pahala. Dan emosi jugak merupakan musuh paling bahaya bagi diri seseorang perempuan itu , sebenarnya lah. Emosi dan perempuan berpisah tiada. Oleh sebab itu, mula dari sekarang aku 

Perkongsian bersama

Image
Setiap orang, Akan ada sesuatu yang dia simpan . Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan. Siapa pun dia , Segembira mana pun dia. Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya, Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis. Pasti ada . Kerana dia juga manusia. Makanya , Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, Hanya kamu yang melalui , Dan hanya kamu yang mengerti , Kamu silap, dan kamu salah. Ada orang lain yang pernah melaluinya, Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan. Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui. Ada. Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu, Kamu yang tak pernah nampak. Jangan selalu menganggap , Bahawa kamulah yang paling susah, paling sakit diuji , Paling berat diduga . Ada

Every heart.

Image
Tell me babe, how many do I shed my tears? Every Heart, every heart is not a gentle yet Shall I do, I can never say my loneliness Every Heart, doestn't know so what to say or what to do Was afraid of darkness cause I felt that I was left alone So I prayed for help to distant million stars Round and round the planets revolve around the sun And we always seek after love and peace, forever more Growing, growing, woe baby we can work it out Look up at the sky, every heart is shining on today Show me now, what kind of smile do I come across Every Heart, every heart can take a step towards the dreams All of us, want to take a lasting happiness Whenever you feel sad, I wanna hold you and give you a sound sleep Someday every heart's gonna be free and easy We have peace of mind Someday all the people find the way to love Goes and goes, the time goes on we are not alone We live on together and we will find some precious things Somet

kepada awak(s)

Kepada awak, awak dan awak semua. Saya berharap sangat awak awak semua berhenti bertanya "siapa dia ada dalam hati saya?" Maaf sangat saya tak dapat nak menjawab soalan itu buat masa ini. Ada sebab saya perlu berahsia hal ini. Bagi kamu senang untuk menjawab, tapi bagi saya ia soalan paling sukar untuk jawab. Soalan math pon tak sesusah ni . Paling kurang pun kalau tak mampu jawab soalan math tu saya akan "goreng atau conteng2" aje jawapan asalkan "ada" atas kertas kosong tu. Tapi untuk soalan soal hati ni saya tak dapat nak goreng atau menipu awak semua dan juga menipu diri sendiri. *Hakikatnye dah banyak kali menipu diri sendiri* Dan juga sy susah nak berterus terang dlm soal ini. Saya pon tak tahu kenapa dan daripada dulu lagi bila ditanya soalan seperti tu susah untuk sy jawab. Mungkin benar kata nana, "terlalu banyak benda terpendam dalam hati akhirnya menyebabkan diri sendiri merana". Terpulang pada kamu semua untuk meneka siapa dia.

Sem baru kembali semula!

Image
Bismillahirahmanirahim .. Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati semula peluang sebagai seorang pelajar lagi. Pengalaman mencari rezeki dengan kudrat sendiri ketika cuti sem lepas  ada jugak mendidik diri untuk sentiasa bersyukur segala nikmat yang diberiNya. Masa itu banyak kali terdetik dalam hati "begini rupanya susah mencari rezeki sendiri". So, dengan   rasa   susah   untuk   mencari   rezeki   sendiri   tu buatkan aku  patut mensyukuri dan   menikmati   sepenuhnye hidup sbg seorg student. :) Since tanggal tujuh hari bulan sembilan tahun dua ribu empat belas, maka bermula sem baru. Makin bertambah sem makin bertambah tough subjek yang harus dipikul. Maka, aku cuba ubah corak jadual kuliah aku ikut kesesuaian masa. Alhamdulillah, setakat ini okey walaupun mostly subjek aku dah tak sama dengan budak sekelas aku dulu yang paling aku rapat. T_T  Sudah seminggu sesi pembelajaran bermula. Sejujurnye, masa mula2 masuk kelas gro

3 perkara yg terbantut patut dilepaskan!

Image
Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum wbt. Syukur alhamdulillah dapat diberi peluang sekali lagi untuk meluangkan masa dlm blog ini. Almaklumlah, sejak dua menjak bila sudah berkerjaya ni kekangan waktu amatlah dikesali. Banyak perkara hendak dikongsikan dalam blog ni. So ingin tahu, marilah scroll ke bawah dan bersedialah luangkan masa dan fizikal mental spirit ye. Saya warning awal2 mungkin entry ini agak panjang. hohoho firstly, aku dah tamat first sem degree. Syukur alhamdulillah tamat dengan jayanya~ pelbagai ujian telah harungi untuk mematangkan diri ini. Baru dapat rasa kelainan cara belajarnya daripada zaman diploma. Baru-baru ni, ya baru je tadi tepat pukul 4.30 petang hari selasa tanggal 30 Julai 2014, ntah sebab apa hati aku terdetik nak tengok smap online uthm. Tak tahu apa sebab main buka je padahal dah pesan diri dari awal lagi jangan buka result sem lepas. Tup tap tup TERtengok plak result sem lepas. Luruh jantung ni. Guess what the pointer i got? 3.48. threepo

3.50 am - I for You - Tumblr

Image
Bismillahirahmanirahim .. mode : exhausted Music :   I For You - All American Rejects Waktu seperti ini terasa aman dan damai. waktu seperti ini jugak waktu paling seronok ulang kaji. senyap   dan   sunyi . Tidak hairanlah mengapa Allah menyuruh hambaNya bermunajat kepadaNya pada 2/3 malam. Suasananya yang tenang dan   sejuk .  Senang untuk hambaNya meluahkan segala rasa cintanya kepada Pencipta. Amik masa beberapa seketika untuk melepaskan segala kekusutan daripada late night study ni yang hampir tiba ujiannya dengan membaca sesuatu yang boleh mengisi jiwa atau mencuitkan hati. Aku suka melihat buku. Aku suka berada sekeliling dengan buku. Tapi kurangnya, aku tak berapa rajin membaca. Aku akan membaca bila aku terjumpa satu buka yang betul2 aku suka dan bila mood nak baca tu mmg tahap optimum. Thennnn at that time, all of my focus just stay on that thing. Tak kisah lah apa aku buat pon bila aku dah start focus ke atas sesuatu. Kebarangkalian orang panggil ak

useless

Kecewa Penat Marah Diperbodohkan Rasa tak guna pun ada kesian berkecamuk perasaan semua itu. Makin nak habis makin teruk potensi diri. Entah apa silapnya. Entah apa yang tak kena. Entah entah entah entah! kenapa aku terasa lembap? Kenapa aku rasa mcm tak guna?  salah aku ke atau salah orang lain. Bertubi-tubi salahkan diri sendiri.  Allah..kuatkan aku kali ini. Jangan benarkan aku berprasangka padaMu. Jangan ... :'( Langsung takde persiapan diri.  Langsung takde arah tujuan Langsung takde   pendirian Mungkin itu kesilapan aku asbab jadi begini dan banyak lagi kesilapan-kesilapan yang tak terungkai. Teruknya rasa ini bila tanggung sensorang. aku penat ya Allah. :'(

Suka suki punya permainan.

Image
Ini belog sudah bosan asyik dengar luahan ayat-ayat sedih dan serious jaaa. So kali ini biar belog ini dihiasi dengan permainan ala2 kenali pesonaliti gitu. Kalau ada kebaikannya sila amik. Kalau takde   anggap je   ade. hohoho~ ANDA & PASANGAN ...CHECK IN OUT! via   PDH Januari 01-09 ~ hamster  Januari 10-24 ~ Tikus  Januari 25-31 ~ Singa  Februari 01-05 ~ Kucing  Februari 06-14 ~ Merpati  Februari 15-21 ~ Kura-kura  Februari 22-28 ~ Harimau Bintang  Mac 01-12 ~ hamster  Mac 13-15 ~ Singa  Mac 16-23 ~ Tikus  Mac 24-31 ~ Kucing  April 01-03 ~ jerung   April 04-14 ~ Harimau Bintang  April 15-26 ~ Tikus  April 27-30 ~ Kura-kura  Mei 01-13 ~ jerung   Mei 14-21 ~ Merpati  Mei 22-31 ~ Singa  Jun 01-03 ~ Tikus  Jun 04-14 ~ Kura-kura  Jun 15-20 ~ jerung   Jun 21-24 ~ hamster  Jun 25-30 ~ Kucing  Jul 01-09 ~ Tikus  Julai 10-15 ~ jerung   Julai 16-26 ~ Merpati  Julai 27-31 ~ Kucing  Ogas 01-15 ~ hamster  Ogos 16-2

PENAT!

Image
Penat . Aku penat tak terdaya. Segala tersirat simpan berbuku-buku dalam hati. Nak bercerita tapi tak tercerita juga. Sebab jika bercerita tiada siapa yang faham. Puas diri ini bermonolog berseorangan dengan Tuhan. okey, aku dah penat. aku nak luahkan disini. Faham tak aku penat tanggung semua ni? Buat sesuatu yang kau tak suka tapi kau terpaksa kena buat jgak dan kau tak boleh lari daripada semua ini. tahu tak penat tanggung semua itu ? kau faham tak rasa dia? Nak tanya kenapa ia selalu terjadi dalam dunia ini? siapalah kita nak mempersoalan KENAPA dan mempertikaikan kuasa Dia. mudah-mudahan segalan kepenatan itu dibalas dgn redhaNya. *ayat penyedap hati paling sedap   dlm  dunia* Bila aku mula bercerita.. orang kata aku merungut orang kata aku tak reti bersyukur orang  kata aku useless orang kata aku tak matang. Jauh sekali aku nak buat semua itu aku cuma teringin nak kurangkan beban yg penat dipikul dalam hati.  Adakalanya jugak, aku 

Your mental age!

Image
Old, but I 'm that Old, Young, but I'm not that bold. p/s : check out your test with  THIS

perkataan SAYANG.

Image
Bismillahirahmanirahim .. Dalam menjalani kehidupan ini, persoalan demi persoalan sering tercetus hingga diri ini lelah untuk mencari jawapan. Dan akhirnye, serahkan jawapan itu kepada Ilahi. Persoalan itu adakala bermukim dalam hati ini. Siapa yang tak nak dirinya disayangi dalam dunia pancaroba ini? Sedang aku menjalani kehidupan yang sunyi ini, sekurang-kurangnya aku tahu ada sepasang mata memerhatikan aku, ada hati dari jauh terasa berat saat melihatkan aku ditimpa musibah dan ditindas. Ada bibir terukir senyuman saat melihatkan aku gembira. Ada bisikan kata-katanya menegur aku saat melihatkan aku terleka dalam dunia aku sendiri. Tapi aku tahu, Allah SWT lagi peka daripada insan lain. Setiap gerak geriku Dia perhatikan. Bila aku bersedih hati Dia datang beri pujukan dengan memberi peringatanNya. Bila aku gembira Dia datangkan aku dengan pelbagai nikmat.  Cuma, aku perlu bersabar sedikit. Aku perlu tambahkan lagi kesyukuran kepadaNya. Saat menjalani kehidupan dalam fasa s