Posts

Showing posts from October, 2012

Mereka Berdua

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Mood : makan hati dengan nyamuk yang suka gigit darah dagingku tanpa jemu =,=' Music : tengah dengar adik mengaji sebelah saya :) hmm.. Tak tahu hari ni kenapa terasa kosong. jiwa kosong. minda kosong. dompet kosong and perut pon kosong saat ini. Semuanya serba kekosongan dalam hari ini. **sekarang nie telingaku terngiang-ngiang lagu Kosong by Najwa Latif ** And more worse is, teringat dua orang hamba Allah ini. Elok-elok aku dah mula berdamai dengan seorang perempuan tu tetiba dia unfriend aku kat FB. Hati aku baru nak tenteram and cuba berkawan seperti biasa dengan perempuan itu tapi ini pula balasan aku terima. Well, sebelum nie aku dan perempuan tu ada jgak chat mcm biasa, memang tak ada langsung persengketaan antara kiteorang . Tetapi ada satu pengakuan drpd perempuan itu, dia minta maaf dgnku and dia xberniat untuk unfriend dgnku cuma satu je sbb dia terpaksa unfriend. Ada seseorang tu yang suruh. Ya, aku kenal seseorang itu. Kali ini dah mas

Pilihlah Aku

Image
kekadang hati ini begitu teringinkan dirimu tetapi KuasaNya tiada siapa tandingi melainkan aku hanya mampu berdoa..seperti kau pernah berkata bercinta dalam diam itu doa kan?.. #mohon warnai jiwaku.

Beratnya seakan Terabite!

Bismillahirahmanirrahim.. Ujian demi ujian menimpa-nimpa dibenak hati ini. Aku berlagak kuat. Aku berlagak cekal.Tetapi hati perempuanku ini tak dapat membendung kesedihan yang teramat ini. Sudah puas aku tahankan air mata ini supaya  tak akan menyimbahi ke bumi. Malangnya, ia tetap menalir dgn lebih deras tanpa aku dapat mengawalnya. Ujian itu biarlah antara aku dan Tuhanku sje yang mengetahui. Ia sungguh mengaibkan bagi diriku ini dan termasuk orang sekelilingku. Baru aku tahu bertapa pentingnya Ilmu Agama apabila menghadapi situasi seperti ini. Manusia. Manusia sudah disinonimkan sebgai makhluk yang mudah alpa, lalai dan lupa, Leka dek keseronokkan duniawi semata. Apabila jatuh menyembah  ke bumi baru terhegeh-hegeh mencari Tuhannya yang sentiasa setia bersama. Manusia itu serupa macam aku. Mungkin ini khifarah dosa aku yang sering kali alpa dan leka. Dengan Ujian seberat Terabite beratnya hinggap terus ke hatinya sehingga mengalir jgak titisan air mata egois ini. Ya Allah, aku a

Indifference-Autistic Children

Image
The video was done by high school students from Lake Braddock for the short film contest for DC MIST. It was Directed by Bellal Hussain and the main character was Mustafa Alnoor.His 'friend' in the video was played by Bellal Hussain as well. The theme for MIST this year was loyalty and citizenship. So, they wanted to tell the story of Amir, who was doing his best to be a loyal Muslim, but at the same time a loyal American citizen. The video is NOT a true story, it is based on TRUE events that they pieced together from multiple situations. During the time the film was made bullying and suicide was all over the news, and they felt that it was a very serious matter that should be discussed. SubhanAllah, the kids really pulled it off and got the message across and they hope that it gives people that extra little push to do something when they see moments like this occurring, to speak up, and to stand up for the weak and not play the bystander.

Alkisah bilik G5A-004

Image
Bismillah.. Mood : dok stalker status orang sorang2 di tengah malam yang suram~~ Music : Britney Spears- Everytime Tiap manusia punyai peristiwa lampau yang sering kita rindukan. Kita bukan tuhan yang bisa putarkan waktu. Kita bukan sesiapa yang bisa jelajah ke masa lalu. Sampai kapan ingin hidup dengan kenangan sendiri? Bila ingin cipta kenangan baru? :) Via  HAZA  - aku suka gila quote nie. buat aku nak nanges 3hari 2 malam kot (nmpk bnor nipunye dsitu ) =p *Meh aku ckit pasal dia nie, Dia nia roomate aku yang paling suka berpuitis, cakap je jenis puaisi ape ko nak. nanti ada je madah punjangga dia. haa sebab tu aku suka dia and suka kawan dengan dia. Macam-macam idea aku dapat dr dia. Ada masanya kiteorang akan lepak sama2 kat belakang ampaian baju. kteorg suka shared every moments tak kira sedih or gembira. Sampai ada satu tahap tu kiteorang sanggup bermandi hujan di court netball belakang blok just nak shared some stories. Well, perempuan. suka bergosip. memang tak di

jog+shopping+orang tua+novel

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Mood : lagi beberapa minit dah nak masuk tido and at the same time kucing belakang umah aku dok bergaduh sesama sendiri demi mendapatkan Cintanya terhadap si aweksss nye =_=' Music : Kau Selamanya-Heliza Hilmi Petang tadi niat nak ber-jogging ke taman sambil menghirup udara segar dek terlalu lama terperap dalam rumah. Balik-balik baca novel, tido, makan, masak ntah hape-hape, mengadap TV then ulang benda sama sepanjang cuti nie. Naik tepu otak aku tak berkembang seperti diibaratkan katak dibawah Gua..Eh??pape je laa~~ho! ho! ho! Ok2..berbalik cerita pasal petang td tu, aku minta permission dgn abah terlebih dahulu utk menjalankan misi aku iaitu sesi mengeluarkan peluh keringat ku ini yang dah lame dok terpendam dalam lemak-lemak badan aku nie. Aku menayangkan wajah ceria+kecomelanku+kemanjaanku dihadapan muka ayahanda tercinta agar belia mengizinkan aku ber-jogging di taman baru berhampiran dgn umah aku. TETAPI... ada satu ayat dia buat terkesima

#RT

Atas kasih sayang Allah, kau dan aku bertemu dan atas limpah kasihnya jua kita dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.

Fikir,fikir dan fikirkanlah..

WAHAI LELAKI, Pernahkan kamu tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab kamu sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai kamu, dia mula merendahkan egonya semata-mata kerana kamu. Apabila dia menangis di hadapan kamu, apabila dia menangis kerana kamu, Pandanglah matanya..Bolehkan kamu rasakan apa yang dia rasa? Pernahkah kamu cuba untuk memahami apa yang dia rasa? Fikirkan… Berbaloikah dia menangis dihadapan kamu hanya kerana kamu? Dia menangis bukan kerana dia lemah..Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati..Dia menangis Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati, Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan. WAHAI LELAKI, Cuba ambil masa untuk berfikir, Jika si dia menangis hanya kerana kamu..Mungkin sudah tiba masanya kamu fikir kembali di mana silap kamu,kerana hany
Bismillahirrahmanirrahim.. Tersergam indah rupa zahirmu,  mendatangkan rindu dalam qalbu, namun diri tertanya ingin tahu, apakah sama pada isi hatimu ? “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu”  (Riwayat Muslim) Thank You Dear :)

Aku dan Hujan

Image
Mood : meng-updatekn blog secepat mungkin sebelum BB nie abis kuota =_=' Music : (Extreme) more than words by Sungha Jung sometimes, aku rindu zaman kecikku >_< Semalam tolong mak angkut baju setelah melihat langit agak mendung dan guruh mula kedengaran menandakan bahawa hujan bakal turun tak lama lagi. Dalam lebih kurang 10 minit lebih hujan makin lebat dan pada masa itu juga tetiba hati aku terlonjak-lonjak begitu inginnnn sekali nak main hujan. Aku cuba memujuk mak supaya keinginan aku ini dipenuhi olehnya. Akhirnya! guess what??! tanpa ku sedari mak aku mengizinkannya TETAPI dengan syarat, alang-alang nak main hujan beliau suruh aku membasuh simen di hadapan rumah. Ahhaa! aku dah agak tektik mak aku ni, walauapapun aku terima je dengan hati yang luas agar keinginan aku ini tercapai =) Teringat zaman kecik-kecik dahulu kala, memang puas main hujan bersama kawan2 sepasukan Flat Blok M6, time tu sepasang telinga ini puas dipulas oleh mak aku sendiri apabila beliau

sedetik seketika....

Bismillahirrahmanirrahim.. setelah terbangun dr lena mimpi2, aku bergegas ke toilet untuk membersihkan diri ku. Kemudian, megemas sedikit2 yang mana patut. Bagiku ia sudah menjadi habit setelah aku belajar untuk mendisiplinkan diri aku dgn lebih giat lagi. Dahulu, ketika zaman sekolah rendah lagi..semua orang cakap apabila sudah memasuki alam Universiti, semua perkara dibuat sendiri tanpa bantuaan sesiapa pun. Pada masa itu, aku tidak matang dan aku adalah salah seorang anak paling manja dalam keluarga aku walaupun aku nie adalah anak sulung dalam adik beradik aku. Abah aku, dia perasan tebiat anaknya yang ini yang suka buat sesuatu mengikut kehendaknya tanpa memikirkan sekeliling. Oleh itu, dia menyuruh aku memasuki sebuah asrama ketika umur aku 16 tahun. Pada masa itu, aku berasa sangat takut dan takde confident langsung. Macam-macam cara aku memujuk abah aku tu. Tetapi sedia maklum apabila dia sudah memutuskan sesuatu keputusan maka tiada sesiapa yang boleh menbangkangnya. Akhirny

skrg perasaan ini umpama ROJAK!

Image
  mood : berlapang dada dan try utk berfikir +ve music : Muara Hati- Hafiz duet Siti Nurhaliza (P/S: member yg tlg mainkan aku hanya melayan!) Bismillah.. Malam nie pada mulanya teramat booooosannnnnn setelah beberapa hari menganggur apabila exam final sudah pon tamat. Sehinggakan aku dan rakan-rakanku sekalian membuat "kilang" taik mata sepanjang masa..kononnya hanya untuk meng-qadakan tido yang tergendala sepanjang exam final lepas. Dok godek-godek Fb, Twitter and blog walking still rasa otak ini sudah hampir ke Tepu tahap maksimum! sungguh aku tak boleh hanya duduk terperap dalam bilik tanpa membuat sebarang kerja. Oleh demikain itu, aku decide untuk stay lebih lama lagi dalam U terchinta ini dengan merajinkan diri join mana2 program dlm U. Padahal boleh je anytime join o\program U nie. Tetapi aku fikir daripada dok terperap membesarkan perut+menambahkan lemak dibadan+membekukan otak aku+dan yang paling penting aku pasti jika aku balik umah awal, aku pasti akan
Image
Bismillahirahamanirahim... mood : nak nangis! :'( music :  Oasis- Dont Look Back in Anger the abstract without words Aaaaargghhhhhhh!!!!! hatiku meronta-ronta untuk menjerit saat ini. Tolonglah! lepaskanlah segala ketakutan, kekalutan dan resah gelisah ini. aku dah tak tahan...aku nak nangis saat nie tapi ia tetap sukar untuk melepaskannya. Tak tahu sampai bila aku nak simpan perasaan ini. Sebelum itu, jika masalah seperti ini berlaku aku sendiri boleh handle tetapi saat ini ntah mengapa aku rasa kekuatanku lesap dan punah. Adakah aku banyak berdosa dengan Mu? Adakah aku banyak buat kesalahan dengan manusia? hutang aku ada masih lagi tak selesai? atau solatku dan bacaan aku tak betul?? Ohh Ya Allah ya Allah!! tak tahu nak mengadu dengan sesiapa pun. Hanya di blog ini dan Allah sahaja tempat aku bercerita semua kata-kata hatiku yang terpendam sedangkan mulutku terkunci untuk menceritakan kepada yang lain. Bukan aku tak nak mengadu tetapi aku tak reti untuk mencerita

over-thinking?

Image
Assalamualaikum wbt.. Dengan nama Allah Maha Kaya lagi Maha berkuasa.. mood : speechless and deadlock :'( music :  Oasis-Winderwall kegersangan hati              Menjadi seorang Pemimpin, bukan calang-calang orang yang layak memegang jawatan itu. Hanya orang yang paling berani dan kuat perkasa untuk memikul tanggungjawab yang besar kerna ia suatu hari nanti ia akan dipersoalkan di alam sana dimana perhitungannya tiada siapa boleh disangkalkan lagi. Aku pernah menjadi seorang ketua tetapi dalam group yang kecil. gedebakgedebuk, pejam celik pejam celik dah abis sem 1 tahun 2. Aku ada mohon utk join satu event besar di U sementara mengisi masa lapang sepanjang aku cuti sem. Aku cuma mohon untuk jadi AJK biasa shj. Tup tup ada seorang kawanku, Dia minta aku mengantikan dia dengan jawatannya, dia minta aku jadi ketua unit untuk mengatur satu event yang amat besar dalam U aku tu dimana event tu aku mohon. Time tu aku terkedu dan tersentap seketika. Tak terdetik hati atau ter