over-thinking?

Assalamualaikum wbt..

Dengan nama Allah Maha Kaya lagi Maha berkuasa..

mood : speechless and deadlock :'(
music : Oasis-Winderwall

kegersangan hati

             Menjadi seorang Pemimpin, bukan calang-calang orang yang layak memegang jawatan itu. Hanya orang yang paling berani dan kuat perkasa untuk memikul tanggungjawab yang besar kerna ia suatu hari nanti ia akan dipersoalkan di alam sana dimana perhitungannya tiada siapa boleh disangkalkan lagi. Aku pernah menjadi seorang ketua tetapi dalam group yang kecil. gedebakgedebuk, pejam celik pejam celik dah abis sem 1 tahun 2. Aku ada mohon utk join satu event besar di U sementara mengisi masa lapang sepanjang aku cuti sem. Aku cuma mohon untuk jadi AJK biasa shj. Tup tup ada seorang kawanku, Dia minta aku mengantikan dia dengan jawatannya, dia minta aku jadi ketua unit untuk mengatur satu event yang amat besar dalam U aku tu dimana event tu aku mohon. Time tu aku terkedu dan tersentap seketika. Tak terdetik hati atau terlintas akalku dia akan tawarkan jawatan besar dia pada aku. Hatiku terdetik simpati ke atasnya kerana dia sudah terlalu banyak bekerja sehingga waktu bersama famili dia terhad and dia nak amik lesen kereta. Tetapi alangkah akalku memberitahu kepada hatiku ia amat "takut" untuk memikulnya. Aku takut aku gagal membawa tanggungjawab dengan baik pada masa itu. Tetapi belahan hati lagi satu, aku boleh  mampu membawanya. Banyak kali pertimbangkan. Usai sembahyang Maghrib lalu aku tunai sembahyang hajat minta dipermudahkan urusanku dan berikan aku pertunjuk. Kawan aku kata Ia suatu program yang besar dimana ia melibatkan orang awam dan media2 lain. jadi, kemungkian besar ia amat berat untuk melaksanakan. Walaupun ada buruknya ia tetap ada baiknya sebab program itu dapat didikan kita handle program lain dengan baik lagi.

Allah!aku buntu dan lemah. mungkinkah aku ter-overthinking? aku amat memerlukan kekuatan seperti mana Engkau berikan kepada para pemimpin Islamku dahulu seperti Saidina Muhammad S.AW, Saidina Abu Bakar dimana beliau mengucap Innalillahiwainnalillahirajiun setelah beliau dilantik menjadi khalifah pertama sehingga berlakunya pertelingkahan antara puak Ansar dan Khawarij. Pernah sekali seorang penceramah berkata seorang pemimpin adalah hanya TERPILIH oleh kehendak Allah taalah seperti mana aku ada terbaca tafsir pada maghrib tadi dalam firmanNya  :

"Sesungguhnya urusan-Nya apabila hendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah" maka jadilah sesuatu itu." ( 36:82)

aku berharap sangat2 aku dapat klu atas kegundahan hati ini. Betul nasihat seorang hamba Allah ini, jika kita amat memerlu kan penenang hati, maka niatlah dahulu sebelum membuka kitab Ajaib yang Penuh Hikmah dan sangat berguna saat memerlukannya :)


p/s: tadi baru last exam setelah berhempas pulas menimba ilmu sepanjang sem ini. Syuku Alhamdulillah moga2 dapat result yang baik...terima kasih padda rakan2 kerana banyak membantuku dalam pelajaran..harap jumpa  pada sem depan dengan hati yang lapang dan terbuka...Amiin :)

Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426