Mereka Berdua

Bismillahirrahmanirrahim..

Mood : makan hati dengan nyamuk yang suka gigit darah dagingku tanpa jemu =,='
Music : tengah dengar adik mengaji sebelah saya :)

hmm.. Tak tahu hari ni kenapa terasa kosong. jiwa kosong. minda kosong. dompet kosong and perut pon kosong saat ini. Semuanya serba kekosongan dalam hari ini. **sekarang nie telingaku terngiang-ngiang lagu Kosong by Najwa Latif **

And more worse is, teringat dua orang hamba Allah ini. Elok-elok aku dah mula berdamai dengan seorang perempuan tu tetiba dia unfriend aku kat FB. Hati aku baru nak tenteram and cuba berkawan seperti biasa dengan perempuan itu tapi ini pula balasan aku terima. Well, sebelum nie aku dan perempuan tu ada jgak chat mcm biasa, memang tak ada langsung persengketaan antara kiteorang . Tetapi ada satu pengakuan drpd perempuan itu, dia minta maaf dgnku and dia xberniat untuk unfriend dgnku cuma satu je sbb dia terpaksa unfriend. Ada seseorang tu yang suruh. Ya, aku kenal seseorang itu. Kali ini dah masuk 2 kali dia buat benda yang sama. Mulanya dia suruh tapi kali ini xtahu la samada dia suruh lagi atau tak. Wallahualam.  Hati ini mula tawar dan juga terkilan kerana perilakunya seperti itu.

Salahkah aku nak menjalinkan hubungan semua manusia? Aku suka memerhati tingkahlaku manusia. Sekurang-kurangnya aku dapat ikhtibar dr sekelilingku.

Jika ada masalah antara kita, bersemukalah dan luahkan. Bukan diam dan buat sesuatu disebalik takbir . Bagiku itu "penakut" atau lebih teruk lagi dasar "pengecut". Maaf kata-kataku agak kasar tapi aku terpaksa luahkan. Mungkin senang orang kata "just forget it and move on!"  tetapi kita manusia, makhluk yang lemah dengan perasaan. Dan memori ini sukar untuk luputkan lagi-lagi mengenai soal hati. Plus, instinct aku bila terdetik pasti terjadi. Adakalanya, hati ini tak terluah untuk bersuara tapi certain ia boleh terluah melalui medium tulisan. Hanya itu sje aku mampu terluah pd saat itu jua dan aku cuba tanam sifat kemaafan dalam diri ini. Mak selalu pesan doa yang terbaik untuk mereka. InsyaAllah.


p/s: Motif entry ini bukan untuk menyakitkan hati sesiapa tetapi hanya utk pengajaran diri sendiri. Maaf jika ada sesiapa yang makan cili, akan terasa pedasnya :)


Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

0426