Aku dan Hujan

Mood : meng-updatekn blog secepat mungkin sebelum BB nie abis kuota =_='
Music : (Extreme) more than words by Sungha Jung


sometimes, aku rindu zaman kecikku >_<


Semalam tolong mak angkut baju setelah melihat langit agak mendung dan guruh mula kedengaran menandakan bahawa hujan bakal turun tak lama lagi. Dalam lebih kurang 10 minit lebih hujan makin lebat dan pada masa itu juga tetiba hati aku terlonjak-lonjak begitu inginnnn sekali nak main hujan. Aku cuba memujuk mak supaya keinginan aku ini dipenuhi olehnya. Akhirnya! guess what??! tanpa ku sedari mak aku mengizinkannya TETAPI dengan syarat, alang-alang nak main hujan beliau suruh aku membasuh simen di hadapan rumah. Ahhaa! aku dah agak tektik mak aku ni, walauapapun aku terima je dengan hati yang luas agar keinginan aku ini tercapai =) Teringat zaman kecik-kecik dahulu kala, memang puas main hujan bersama kawan2 sepasukan Flat Blok M6, time tu sepasang telinga ini puas dipulas oleh mak aku sendiri apabila beliau dapat tahu anaknye dok sedap berlari-lari di tengah hujan yang lebat. Ahh, kenangan yang sukar untuk dilupakan. Tiada tangkapan gambar untuk menggambarkan saat itu jua! Yaaaa...aku memang paling suka main hujan. Hanya mendonggakkan kepala ke langit sambil disimbahi air hujan, hatiku begitu sejuk dan nyaman sekali. Syukur Alhamdulillah segala puji Allah yang sentiasa memberi RahmatNya kepada Hamba-hambaNya..Memang nyata dalam FirmanNya :

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Surah Rahman

Aku teringat satu entry drpd rakan Blogku. Perbualannya dan emaknya : via Rhyz Khair

" Bila kami duduk di kerusi restoran, mak tepuk tangan saya dan kata, "kenapa kita nak risau tentang perkara yang belum berlaku di masa depan? Risau sangat demam, sampai takut dengan hujan, dan lupa hujan tu sebenarnya rahmat daripada Allah. Kita manusia ni, risau sangat sampai tak nampak betapa cantik dan ajaibnya hujan. Hujan yang Allah jadikan sebagai rahmat dan dugaan. Hujan bukan semestinya untuk kita, tapi kita turut merasa sebab kasih sayang Allah tu terlalu luas untuk kita seorang. Bersyukurlah. Kenapa nak marah hanya hujan tu menyebabkan kasut atau baju kita basah? Tak boleh kering semula kah? "

Ya..sungguh mendalam maksut tersiratnya. tersenyum aku sorang-sorang tatkala membacanya. Hatiku dan fikiranku lapang terus saat pagi itu ketika membaca blognya sebagai wardah pembuka ilmu di pagi yang hening dengan hembusan bayu cebisan bau air hujan =)



Comments

Popular posts from this blog

Serta-Merta..

Malam Bulan Dipagar Bintang~~~